(SEMASA) Coca-Cola dan Muslim Aid Malaysia jemput warga Malaysia menyambut Ramadhan dengan penuh keprihatinan

Spread the love

DSC_3426

Coca-Cola Malaysia akan bekerjasama dengan Yayasan Kemanusian Muslim Aid Malaysia dalam musim Ramadhan ini untuk meneruskan aktiviti amal tahunan yang telah diadakan sejak 2010 lagi.

Coca-Cola akan menyokong NGO tersebut dalam program tahunan Fast2Feed untuk membekalkan hidangan berbuka puasa, wang dan pakaian kepada anak-anak yatim, kanak-kanak keluarga daif, pusat jagaan orang tua, Orang Asli dan kaum pelarian. Coca-Cola akan menaja hidangan berbuka puasa di 25 lokasi, termasuk tempat kegiatan komuniti di Negeri Sembilan berhampiran kilang pengeluaran produk Halal Coca-Cola.

“Penglibatan Coca-Cola dalam kegiatan Muslim Aid Malaysia selama lima tahun yang lepas telah membantu kami meluaskan jangkauan dalam komuniti Muslim yang daif, dan kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan lebih ramai lagi orang dan syarikat Malaysia untuk bersama-sama menjana harapan, bantuan dan perlindungan kepada mereka sepanjang Bulan Ramadan ini,” kata Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Muslim Aid Malaysia, Pn Habsah Marjuni di Kuala Lumpur hari ini.

DSC_3338

Mereka yang ingin membantu dalam program Fast2Feed Muslim Aid Malaysia boleh melayari http://muslimaid.org.my/fast2feed/ untuk mendapat maklumat lanjut tentang bagaimana sumbangan mereka akan dimanfaatkan sepanjang musim Ramadhan ini.

“Warga Malaysia melihat bulan Ramadhan sebagai musim untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan anggota keluarga dan komuniti, selain menderma kepada golongan kurang bernasib baik. Dalam meraikan ulang tahun ke-80 Coca-Cola di Malaysia, kami berbesar hati dapat meneruskan tradisi membantu komuniti tempatan melalui usaha sama dengan pertubuhan amal seperti Muslim Aid Malaysia. Dalam pada itu, kami mengalu-alukan penyertaan semua warga Malaysia dalam kegiatan kebajikan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini,” kata CEO Bottling Investment Group Coca-Cola Singapura – Malaysia – Brunei, Stephen James Lusk.

Dalam bulan Ramadhan ini, Coca-Cola Malaysia akan membekalkan minuman jus Asam Jawa istimewa keluaran cawangan pembotolannya di Palestin, National Beverage Company (NBC), yang merupakan majikan terbesar dalam sektor minuman di kawasan itu, dengan kilang-kilang perusahaan di Gaza, Ramallah, Tulkarem dan Jericho.

Jus Asam Jawa merupakan minuman berbuka puasa yang popular di Palestin dan ia akan dikeluarkan oleh NBC khas untuk bulan Ramadhan sahaja. Kini sukarelawan program Fast2Feed Muslim Aid Malaysia dapat merasai minuman keraian dan acara komuniti dari Palestin ini.

Sempena acara kebajikan yang akan dilancarkan itu, Coca-Cola akan mengadakan kempen Ramadhan melalui televisyen, radio dan di kedai. Kempen kreatif dan grafik itu telah direka secara kolaborasi oleh pasukan Coca-Cola di Timur Tengah, Afrika Utara dan negara-negara lain yang menyambut Ramadhan seperti Pakistan, Indonesia, Malaysia dan juga negara-negara di Afrika Barat.

Kempen tersebut bermatlamat mengetengahkan detik-detik istimewa sepanjang Ramadhan termasuk keriangan antara ahli keluarga dan kawan semasa mengadakan majlis makan Iftar, dan keistimewaanan bulan Ramadhan dalam kehidupan umat dan keluarga Islam di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Di Malaysia, Coca-Cola akan memanfaatkan penglibatan stesen radio utama untuk menghantar DJ radio popular ke rumah pemenang peraduan untuk membawa hidangan Iftar yang lazat untuk 10 orang.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *