Kuala Lumpur, 25 November 2016 – Pusat membeli belah Suria KLCC dan Alamanda telah melancarkan initiatif pengumpulan dana yang bakal disalurkan kepada Persatuan ANGSANAcare sempena sambutan Hari Natal pada tahun ini. ANGSANAcare merupakan sebuah persatuan bukan badan kerajaan dan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan untuk memberi sokongan dari segi psikologi kepada para pesakit pediatrik golongan kurang berkemampuan yang menghidapi penyakit serius seperti lekumia dan kanser.
“ANGSANAcare bergantung sepenuhnya kepada derma yang diterima dari masyarakat serta syarikat-syarikat korporat untuk memastikan mereka dapat terus menghulurkan bantuan secara percuma kepada pesakit-pesakit pediatrik yang kurang berkemampuan. Justeru itu, Suria KLCC dan Alamanda bertekad untuk mengumpul dana sekurang-kurangya RM10,000 untuk disalurkan kepada ANGSANAcare,” kata Andrew Brien, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC. Tambah beliau, “Para pengunjung dan pelanggan Suria KLCC dan Alamanda boleh memainkan peranan mereka dengan menderma sebanyak RM10 dan mereka akan diberikan sebuah kotak hadiah kecil untuk ditulis nama di atasnya. Kotak ini kemudiannya akan di jadikan sebahagian daripada struktur hiasan Hari Natal di Suria KLCC dan Alamanda. 100% daripada hasil pengumpulan dana derma ini akan disalurkan kepada ANGSANAcare.
Turut hadir di majlis program ini adalah Pengerusi ANGSANAcare, Puan Ria Thomas. Kata beliau, “Pesakit-pesakit penjagaan paliatif melalui kehidupan dalam keadaan takut, tertekan dan penuh dengan ketidakpastian. Justeru itu, ahli terapi psikologi kami membantu mereka melalui penilaian keadaan mereka dan memberi sokongan dari emosi kepada mereka. Beliau turut menambah, “Terapi yang dilakukan adalah dalam bentuk aktiviti seni, muzik dan rekreasi yang bertujuan untuk menenang dan menggembirakan kanak-kanak ini di saat-saat akhir hayat mereka. Pelbagai penyelidikan telah menunjukkan terapi seumpama ini bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk mengekspresikan diri mereka, malah boleh membantu mengurangkan kesakitan fizikal dialami mereka. Aktiviti seni, muzik dan rekreasi mampu mengalih fokus mereka dari kesakitan yang dihadapi, dan pada yang sama mewujudkan saluran untuk meluahkan emosi mereka.
Sebagai tanda sokongan terhadap program ini, orang ramai boleh #SuriaKLCCcares di ruang media sosial.
Hiasan bertemakan Perkampungan Santa
Antara aktiviti yang dinanti-nantikan oleh para pelanggan dan pengunjung Suria KLCC adalah dekorasi sambutan Hari Perayaan. Justeru itu, pada tahun ini, tema dekorasi Hari Natal adalah Perkampungan Santa. Untuk mewujudkan suasana Kampung Santa, elemen-elemen utama seperti bangunan, rumah kotej dan kedia-kedai berasaskan seni bina artisanal Eropah Utara dibina di ruang legar utama Suria KLCC. Pokok Krismas yang dihiasi indah turut dibina untuk mewujudkan suasana sambutan Hari Natal.
Selain daripada dekorasi ini, pokok Krismas setinggi 32 meter(100 kaki) tersergam indah di kawasan KLCC Esplanade. Pokok ini telah menerima anugerah Pokok Krismas Tertinggi di Malaysia dari ‘Malaysia Book of Records’ dalam tahun 2014 dan 2015, serta merupakan hadiah istimewa kepada para pengunjung dan pelanggan Suria KLCC. Dengan ketinggian 32 meter, lebar 14 meter, diameter 12.2 meter dan berat sebanyak 41, 698 kg, pokok Krismas ini dihias indah dengan 2500 bebola hiasan, 3714 helai dahan, 40,000 buah lampu kecil LED dan 319 buah lampu LED berbentuk bintang. Orang ramai yang mengambil gambar atau video di pokok Krismas tertinggi di Malaysia ini dijemput untuk #tallestXmastreeSuriaKLCC di ruang media sosial.
Ganjaran untuk para pelanggan
Pemberian hadiah adalah sinonim dengan sambutan Hari Natal. Oleh itu, dari 26 November 2016 hingga 3 Januari 2017, para pelanggan yang membuat perbelanjaan sebanyak RM650 ke atas akan menerima satu set teko, manakala mereka yang membuat pembelian RM3000 ke atas pula akan menerima set barangan kecantikan Innisfree Jeju Lava.
Para pengunjung akan turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik sepanjang tempoh ini, antaranya nyanyian medley lagu-lagu Krismas, tarian ballet, instrumen paip muzik dan dram, tarian hip hop, moden dan jazz serta koir oleh Korean Community Group, dan persembahan istimewa oleh Malaysian Youth Philharmonic Orchestra. Orang ramai dijemput untuk #Alliwant4Xmas2016 di ruang media sosial apabila berkunjung ke Suria KLCC.
Untuk sebarang informasi lanjut mengenai promosi, dekorasi and initiat pengumpulan dana derma untuk ANGSANAcare boleh melawat www.suriaklcc.com.my