(SEMASA) Dimensi Baru Dunia Perniagaan HSA Trading Capital

HSA Trading Capital Bhd. yang merupakan pengeluar dan pemborong produk muslim serta pengeluar produk makanan berjenama Sherwanis akan membuka pasar raya mini sulungnya di Ampang pada bulan depan. Pasar raya yang bakal dikenali sebagai HSA Cheaper Mart itu akan beroperasi di Ukay Perdana.

Pengalaman jatuh bangunnya yang sebanyak empat kali sehingga pernah membawa diri tinggal di dalam kereta di perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru merupakan kisah mengenai kehidupan usahawan bernama Datuk Muhamad Riduwan Safrizal.

Beliau yang merupakan pengasas jenama produk Sherwanis dan Pengerusi HSA Trading Capital Bhd., Bhd., terpaksa membawa diri ke JB dari Melaka, pusat operasi perniagaannya sebelum ini dengan menjadikan kereta sebagai ‘rumah tumpangan’ selama sebulan selepas mengalami kerugiaan jutaan ringgit dalam perniagaan gara-gara ditipu rakan niaganya.

Muhamad Riduwan sebelum ini membangunkan perniagaannya menjual produk rempah ratus di negeri Melaka dengan memiliki rangkaiannya tersendiri selain kilang prosesan produk.

Pasar raya itu merupakan penjenamaan semula Sherwanis Mart yang sebelum ini memiliki 10 rangkaian di selatan tanah air.

“HSA Cheaper Mart akan dibuka pada 5 Januari 2020 dan ketika ini kerja-kerja operasi berada pada peringkat akhir untuk memuatkan premis ini dengan pelbagai barangan keluaran muslim dan menaikkan papan tanda perniagaan.

“Dengan pembukaan sulung ini hasil penjenamaan daripada Sherwanis Mart, syarikat sudah bersedia mengorak langkah untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya di sini baru-baru ini.

Muhamad Riduwan memberitahu, pembukaan premis itu menelan kos melibatkan kira-kira RM80,000 itu sebagi platform terbaik buat syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini.

Jelas beliau, pengusaha PKS dan syarikat baharu boleh merebut peluang itu untuk mempromosi dan menawarkan produk buatan sendiri kepada penggunaan.

“HSA Cheaper Mart masih mengekalkan konsep sama seperti pasar raya mini yang berjenama popular di seluruh negara namun kami memiliki strategi tersendiri.

“Tarikan utama kepada penggunaan adalah harga yang ditawarkan lebih rendah sedikit serta menempatkan pelbagai produk buatan usahawan Muslim di bawah satu bumbung.

“Setiap pasar raya mini akan menawarkan kira-kira 10,000 pelbagai jenis barangan dan 60 peratus daripadanya terdiri daripada produk muslim manakala bakinya daripada produk runcit lain.

“Kami juga akan menawarkan pelbagai produk Sherwanis yang terkenal dengan rempah kari, kicap, jus minuman di HSA Cheaper Mart.

“Lebih 100 jenis produk di bawah jenama Sherwanis yang telah berada di pasaran sejak tahun 2007 di lebih 7,000 kedai pelbagai saiz di seluruh negara khususnya di bahagian Tengah serta Selatan seperti Melaka,” jelasnya.

Muhamad Riduwan menjelaskan, HSA Cheaper Mart merancang untuk diperluaskan pasarannya secara berperingkat sehingga 200 cawangan di seluruh negara.

Bagi mencapai sasaran itu ujarnya, syarikat akan mengadakan promosi bergerak dan taklimat perniagaan di Johor, Melaka dan Selangor dalam masa terdekat untuk memberi penerangan mengenai perancangan masa depan jenama pasar raya mini tersebut.

Muhamad Riduwan turut menyusun strategi buat para usahawan yang mahu mengembangkan perniagaan masing-masing di bawah payung HSA Cheapest Mart.

“Saya percaya kepada konsep berkongsi rezeki dengan membantu usahawan bumiputera untuk terus berjaya selain membimbing mereka meningkatkan daya saing selain mencari peluang untuk mendapatkan dana pembiayaan pengembangan perniagaan,” ujarnya.

Lebih menarik, bagi merealisasikan hajatnya untuk terus melakukan amal jariah, Muhamad Riduwan telah melabur sebanyak RM2.8 juta untuk membeli sebuah banglo di Taman Melawati untuk dijadikan pusat tahfiz dan pusat pembelajaran agama secara percuma kepada orang ramai..

Usahawan yang berminat memasarkan produk mereka di bawah rangkaian HSA Trading Capital Bhd. termasuk di 7,000 kedai runcit, boleh menghubungi talian 0194008966/0139272499 (Pentadbiran).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *