(SEMASA) DREAMWORKS KUNG FU PANDA VILLAGE BAKAL DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID        

Spread the love

Tahun ini, sebuah pusat makanan yang bertemakan filem animasi terkenal DreamWorks, Kung Fu Panda Village bakal dibuka di Malaysia. Medan selera seluas 40,000 kaki persegi yang menawarkan pelbagai jenis makanan serta minuman berkonsepkan watak di dalam filem animasi berkenaan seperti Po dan The Furious Five bakal terletak di Aras LG1, Sunway Pyramid West, di bangunan tambahan baharu Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid.

Jadilah yang pertama merakamkan detik-detik menarik di Kung Fu Panda Village di dalam media sosial, di mana anda boleh bergambar dengan ukiran-ukiran Po, Master Shifu, Master Oogway dan banyak lagi setibanya anda di sana. Atau, gunakan khidmat jurugambar profesional dan bawa pulang gambar yang telah dicetak sebagai kenangan!

Kemudian, anda bolehlah mencuba pelbagai jenis hidangan yang diilhamkan oleh Po yang tiada tandingannya. Nikmatilah makanan yang enak seperti ladu dan mee istimewa yang menjadi pilihan utama Po di restoran Dragon Warrior Noodle & Tofu. Walaupun Po suka menyebut “Don’t tempt me…” (Jangan menggoda saya…), kami tetap ingin menjemput anda ke sebuah lagi restoran iaitu Kung Fu Panda Dine yang menyediakan hidangan ala barat yang serba enak.

Selesai menjamu selera, ujilah kemahiran anda dalam memperagakan pakaian #OOTD (outfit of the day) di Jade Palace dengan berlatar belakangkan beberapa siri pemandangan yang menarik. Pastikan kamera anda telah dicaj sepenuhnya kerana pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar di kamar tidur Po, Po’s Bedroom.

Anda juga boleh menjelajah ke dalam Training Hall, tempat di mana Po meluangkan banyak masanya untuk mempertajamkan kemahiran seni mempertahankan diri. Di sini, anda boleh mencuba sendiri beberapa aktiviti menarik seperti membuat mee serta mufin di gerai Mr Ping’s Noodle dan Po’s Muffin.

Dan kita semua tahu betapa sukarnya untuk mencari tempat untuk menganjurkan sesebuah acara! Segalanya mudah di Mei Mei’s Stage, di sini anda boleh memilih daripada pelbagai jenis pakej yang direka khas untuk penganjuran majlis tertutup dan parti hari jadi yang menjanjikan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh semua.

Akhir sekali, kunjungan anda tidak akan lengkap sekiranya anda tidak singgah di Valley of Peace, sebuah tempat yang dipenuhi dengan gerai yang berwarna warni di mana pelbagai jenis barangan koleksi serta jualan Kung Fu Panda boleh didapati sebagai tanda ingatan kunjungan anda ke sini, yang mana kami pasti anda akan datang semula!

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *