(SEMASA) GILLETTE MEMPAMERKAN INOVASI DENGAN PIANO GILLETTE FLEXBALL

Spread the love

5

Untuk mempamerkan kebolehan Gillette Fusion ProGlide dengan Teknologi FlexBall™ yang baru, pemuzik terkenal Dennis Lau mempersembahkan sebuah lagu gubahannya sendiri yang bertajuk ‘The Journey’, dengan menggunakan piano yang dikuasakan dengan lebih 50 pencukur Gillette FlexBall™ dan dihasilkan untuk mendemonstrasikan pergerakan ke kiri dan kanan serta ketepatan inovasi terkini Gillette yang hebat ini. Pergerakan unik Gillette FlexBall™ yang baru ini dilaras untuk mencapai kesempurnaan dan para penonton di dataran pusat membeli-belah 1 Utama sangat teruja apabila persembahan ini mencapai kemuncaknya.

1

Gillette Fusion ProGlide dengan Teknologi FlexBall™ yang baru adalah yang pertama seumpamanya yang memutar bilah pencukur ke kiri dan ke kanan – memberikan julat pergerakan yang baru ketika mencukur untuk tindak balas yang lebih baik kepada kontur wajah. Dimensi yang benar-benar baru bagi pergerakan, Teknologi FlexBall™ dibina berdasarkan inovasi yang dibawakan Gillette ke dalam dunia pencukuran pada 1977 dengan pencukur berputar yang pertama di dunia. Namun, dengan bentuk 3D wajah lelaki yang mempunyai kira-kira 25,000 helai rambut untuk dicukur, teknologi FlexBall™ baru kini menambah dimensi ketiga pergerakan yang sangat penting supaya dapat menyentuh muka dengan lebih rapat berbanding pisau cukur sebelumnya. Kini, Gillette Fusion ProGlide yang baru mampu mencapai setiap helai rambut di mana ia tumbuh sama ada di kawasan pipi yang bulat atau topografi dagu yang rumit.

2

Pencukur Gillette FlexballTM yang baru ini didatangkan dengan pisau cukur Gillette yang paling nipis dan halus – 5 kali lebih nipis dari rambut biasa dan mempunyai salutan rendah rintangan yang membolehkan pisau cukur ini memotong rambut dengan kurang tarikan, tambahan Precision Trimmer di belakangnya untuk cukuran pinggir yang lebih tepat dan penggayaan serta teknologi Snowplow di atas Micro Skin Guard yang meregangkan kulit untuk cukuran yang lebih rapat dan selesa.

3

Dari 26 hingga 31 Ogos, Gillette Fusion ProGlide dengan Teknologi FlexBall™ yang baru dan piano Gillette FlexBall™ yang unik akan dipamerkan di kawasan dataran di luar Royal Selangor, pusat membeli-belah 1Utama (Old Wing).

Para pengunjung akan dapat menikmati:

  • Persembahan Piano Setiap Hari dari 27 – 31 Ogos pada jam 12pm dan 7pm
  • Belanja RM35 ke atas untuk produk Gillette Fusion ProGlide dengan teknologi FlexBall™ dan dapatkan Hadiah Eksklusif dengan Pembelian seperti syampu Head & Shoulders Cool Menthol, pemegang pencukur Gillette, beg kembara Gillette, payung golf Gillette dan cadar Nouvelle. Sementara stok masih ada. Tertakluk kepada Terma & Syarat.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *