(SEMASA)   GUARDIAN MALAYSIA DAN CHEF SELEBRITI KONGSI RESIPI SIHAT SEMPENA RAMADAN

Spread the love

KUALA LUMPUR, Sabtu [20 Mei 2017]: Guardian Malaysia telah bekerjasama dengan chef-chef selebriti untuk menghasilkan dua resipi eksklusif yang menyihatkan, bagi membantu rakyat Malaysia untuk kekal sihat sepanjang bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

Resipi-resipi ini diilhamkan oleh Masterchef Dr Ezani dan Chef Zam, dimana ia telah dikongsi hari ini di acara Cabaran Memasak Guardian, sebuah pertandingan yang diadakan untuk menggalakkan cara memasak yang sihat.

Bercakap di majlis tersebut, yang diadakan di Sunway Putra Mall, Ms Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia berkata: “Untuk bulan Ramadan ini, kami menumpukan kepada cara-cara untuk membantu rakyat Malaysia membuat persiapan menghadapi bulan puasa, agar mereka kekal sihat. Dan kami membuat keputusan cara yang terbaik untuk melakukannya adalah dengan kembali kepada perkara asas!

“Kami percaya kehidupan yang sihat bermula dengan cara memasak yang sihat!” tambah beliau.

Menjelaskan tentang Cabaran Memasak itu, beliau berkata usaha tersebut adalah bertujuan mencabar para pelanggan untuk menghasilkan hidangan yang sihat yang boleh mereka sediakan untuk diri sendiri dan keluarga malah rakan-rakan di bulan puasa ini.

Untuk memulakan usaha tersebut, Guardian Malaysia telah mendapat sokongan Dr Ezani dan Chef Zam untuk menghasilkan dua resipi eksklusif, menggunakan beberapa bahan yang terdapat di kedai Guardian.

Selain daripada resipi eksklusif tersebut, Guardian Malaysia turut melancarkan program kesetiaannya yang menawarkan peluang kepada para pelanggan untuk memiliki rangkaian peralatan memasak yang sangat sesuai untuk cara memasak yang sihat. Ia merupakan Koleksi Shogun Black Diamond La Gourmet yang menarik dan berkualiti tinggi, yang bakal ditawarkan secara eksklusif menerusi Guardian Malaysia untuk tempoh masa yang terhad.

Untuk menebus rangkaian peralatan itu pada harga istimewa, pelanggan hendaklah:

Membuat pembelian minimum bernilai RM30 termasuk salah satu di antara 55 jenama yang mengambil bahagian, atau berbelanja minimum sebanyak RM40 tanpa perlu membeli barangan jenama yang mengambil bahagian. Antara jenama-jenama utama program ini adalah Bio-Essence, Brands, Garnier, L’Oreal dan Maybelline.

Program ini bakal bermula pada 6 Jun untuk cawangan-cawangan di Semenanjung Malaysia dan 15 Jun untuk cawangan di Sabah dan Sarawak. Tempoh penebusan akan berakhir pada 2 Ogos 2017.

Dalam pertandingan memasak tersebut, lima pasukan akhir yang dipilih menerusi platform media sosial Guardian Malaysia, telah diberikan cabaran yang menarik untuk menterjemahkan resipi yang diberikan mengikut gaya mereka sendiri. Mereka juga berpeluang menggunakan peralatan memasak Shogun Black Diamond untuk memasak hidangan istimewa mereka.

Pemilik-pemilik resipi tersebut – Masterchef Dr Ezani dan Chef Zam, bersama-sama dengan wakil daripada Bio-Essence, Brands dan L’Oreal Paris telah menyelia pertandingan tersebut, menghakimi cara memasak mereka dan memilih pemenang.

Pasukan yang berjaya iaitu Hidayat bin Masduki dan Hazimah Md Sidik, telah membawa pulang koleksi lengkap peralatan memasak Shogun Black Diamond Collection, yang bernilai RM1,400, berserta baucer membeli-belah Guardian bernilai RM500!

Empat pasukan yang lain, telah menerima baucer membeli-belah Guardian bernilai RM200.

Christina menambah bahawa: “Guardian, selaku peneraju peruncit farmasi, kesihatan dan kecantikan, telah menjadikan usaha memperkasakan pelanggan Muslimnya sebagai satu polisi dengan menekankan kepentingan gaya hidup yang sihat dan seimbang sepanjang bulan puasa, menerusi aktiviti-aktiviti seperti pertandingan memasak  ini.”

 Untuk maklumat lanjut, sila layari www.guardian.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *