(SEMASA) Guardian Perkenal Koleksi Topeng Muka 3D Hydrogel untuk Penghidratan Berpanjangan, guna Bahan Botani dengan PENGIKTIRAFAN EKO

Spread the love

Guardian_001

Guardian, rangkaian kedai farmasi, kesihatan dan kecantikan terbesar di Malaysia, telah memperkenalkan koleksi topeng muka luar biasa berilhamkan alam sekitar, Guardian 3D Hydrogel. Didatangkan dalam dua varian iaitu Moisturising dan Brightening, topeng muka ini membuka era baru dalam inovasi topeng muka untuk penjagaan kulit muka di rumah yang lebih efektif.

 Guardian_002

Dengan Hydromanil™ untuk Penghidratan Kulit yang Optimum

Dengan memanfaatkan keistimewaan helaian topeng Hydrogel yang eksklusif dan teknologi 3D Matrix termaju, topeng muka unik ini diperkaya dengan Hydromanil™ bagi memberikan penghidratan kulit yang optimum.

Hydrogel untuk Penembusan Pantas Nutrien Aktif

Tidak seperti helaian topeng muka biasa atau pupur kelupas, topeng muka 3D Hydrogel amat mudah digunakan, lebih cekap membantu penyerapan dan tidak mengotorkan kerana tiada titisan dan pembaziran esen, serta tidak memerlukan bilasan selepas digunakan. Sifatnya yang sensitif kepada suhu dengan perlahan-lahan menukarkan gel topeng muka tersebut menjadi cecair untuk penembusan pantas nutrien aktif ke dalam kulit.

Bebas daripada Bahan Kimia Berbahaya

Parabens, Asid Para-Aminobenzoik (PABA), minyak mineral, penyerap UV dan pewarna tiruan telah dikenalpasti berbahaya kepada tubuh badan jika digunakan berpanjangan. Koleksi topeng muka Guardian 3D Hydrogel yang berilhamkan alam sekitar dirumus tanpa keenam-enam bahan kimia lazim yang berbahaya ini, bagi memberikan ketenangan dalam rutin topeng muka anda.

Bahan Aktif dengan Pengiktirafan Eko

Koleksi topeng muka Guardian 3D Hydrogel merupakan antara produk kecantikan mesra alam termaju yang yang menggunakan bahan aktif dengan pengiktirafan eko supaya anda boleh mengekalkan kredibiliti eko anda sambil menggunakan teknologi termaju dalam kecantikan yang didatangkan dari Korea.

Kuasa 4 untuk Lebih Manfaat

Setiap varian menawarkan 4 kali ganda manfaat kepada kulit muka untuk hasil yang berpanjangan.

Topeng Muka Guardian 3D Hydrogel Moisturising

Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering, topeng muka 3D Hydrogel Moisturising menawarkan lembapan, kelegaan, penghalusan dan khasiat berpanjangan untuk kulit yang kelihatan dan berasa lebih terhidrat dan licin apabila disentuh. Mengandungi Calendula yang mendapat pengiktirafan eko dan terkenal mampu melembapkan dan melegakan

Topeng Muka Guardian 3D Hydrogel Brightening

Bagi mereka yang kerap terdedah kepada cahaya matahari terik atau yang mempunyai masalah tona kulit tak sekata, topeng muka Guardian 3D Hydrogel Brightening boleh membantu meratakan tona kulit untuk wajah yang lebih cerah. Varian ini mencerahkan, melembapkan dan memperelok untuk wajah yang kelihatan lembap berseri. Ia mengandungi Bilberry yang mendapat pengiktirafan eko dan mampu membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit, menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan memelihara kulit.

Harga dan Lokasi Jualan

Koleksi topeng muka 3D Hydrogel dijual pada harga RM10.90 satu pek, dan boleh didapati di semua kedai Guardian di seluruh negara dan di e-kedai Guardian di https://online.guardian.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *