(SEMASA) Helmi Gimmick Bergabung Dengan SMART BIO GROUP

Spread the love

Adakah anda mengenali ‘Helmi Gimmick’ ?. Kalau YA, beliau merupakan seorang penghibur profesional dan pelawak pentas terkenal di Malaysia. Helmi Gimmick terkenal dengan persembahan pentas langsungnya seperti meniru watak, penyamaran selebriti, stand up comedian dan ahli silap mata. Sebagai penghibur yang benar-benar berjiwa ‘Satu Malaysia’, Helmi Gimmick juga berbakat sebagai pelakon pentas dan adegan, penyanyi, pengacara di majlis acara hotel-hotel di Malaysia.

Pada tahun 2019, pemilik nama Helmi Harun ini telah dianugerahkan gelaran terhormat Doktor Kehormat Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Sabi, Perancis di atas pengalamannya selama lebih 30 tahun dalam bidang hiburan dan perniagaan.

Ditemui semasa majlis berbuka puasa bersama karyawan dan media di Shah Alam, Ketua Pegawai Eksekutif Smart Bio Group Sdn Bhd, Encik Muhammad Shukri Amin secara rasmi mengumumkan lantikan Helmi Gimmick, 62 tahun sebagai Pengarah Pemasaran Smart Bio Group.

PERANCANGAN MASA DEPAN

Bercakap kepada media, Encik Shukri menjelaskan bahawa pelantikan Helmi Gimmick sememangnya berdasarkan pengalaman dan kepakaran beliau selama 30 tahun di dalam program jualan langsung.

Diakui sendiri oleh Helmi Gimmick, beliau menerima tawaran jawatan tersebut bukan disebabkan penggunaan nama semata-mata tetapi beliau ditawarkan penglibatan penuh di dalam semua aktiviti syarikat.

Smart Bio Group Sdn Bhd juga dijangka akan meningkatkan kos pemasaran di dalam pengiklanan berbanding kos yang dibelanjakan sekarang sekitar RM30 ribu setahun.

Helmi Gimmick juga mencadangkan penglibatan Smart Bio Group Sdn Bhd di dalam tajaan mana-mana program hiburan sekiranya kemampuan kewangan syarikat mengizinkan. Smart Bio Group Sdn Bhd juga bercadang untuk melantik mana-mana artis tempatan yang meningkat naik seiring dengan perkembangan pasaran semasa sekiranya artis tersebut mempunyai kemampuan dalam mengetengahkan produk syarikat.

KERJASAMA SMART BIO GOLDEN REMEDY DENGAN KOPERASI KARYAWAN DAN PERSATUAN KARYAWAN

Pada 2  April 2022 yang lalu juga, Smart Bio Group Sdn Bhd yang merupakan pengedar produk-produk herba telah melancarkan kerjasama kesihatan dengan  dengan Koperasi Karyawan dan Persatuan Karyawan dalam membantu artis-artis tempatan terutamanya mereka yang mengalami masalah kesihatan.

Majlis yang turut sama dihadiri oleh artis-artis veteran di bawah KARYAWAN ini bertujuan untuk memberikan sumbangan dalam bentuk produk kesihatan untuk diguna oleh artis-artis tersebut.

Helmi Gimmick yang juga merupakan stokis Grand Master untuk rangkaian produk ini telah memberikan penerangan yang lengkap dalam pembentangan beliau untuk memberi peluang perniagaan kepada para Entreprenur dan peniaga-peniaga sambilan untuk membangun ekonomi umat Islam di dalam pasaran BMF dan pasaran lain.

PRODUK-PRODUK SMART BIO GOLDEN REMEDY

Dalam misi untuk membangunkan ramai ENTREPRENUR Muslimin dan Muslimat untuk berkongsi pendapatan dengan menyebarkan produk GOLDEN REMEDY ke seluruh negara dan luar negara semampu boleh. Antara produk-produk terbaik yang dicadangkan antaranya ialah Kopi Cenkudu Sure Hot, Sure Beauty Kopi Kologen, Sure Power Noni Mengkudu, Sure Ganoney Jus Mengkudu Lingzhi, Sure Noney Jus Mengkudu Asli, Sure Tealicious, Ubat Gigi Mengkudu dan Balm Sure Mengkudu.

Laman Sesawang : https://smartbiogr.com/2021/sbgr/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *