(SEMASA) JEJAK RASUL AS-SALAM : GEMA AZAN DI OCEANIA

Spread the love

Hos jejak rasul Anwar afiq di  tepi pelabuhan ketika matahari terbenam. lokasi - port moresby (3)

Jejak Rasul kali ini membawa para penonton mengembara ke Papua New Guinea dan Fiji bagi mengenali kaum pribumi Muslim di sana di samping memahami sejarah penyebaran Islam di Oceania. Ini merupakan kali pertama bagi krew penerbitan Jejak Rasul menjejak kaki ke sana setelah lebih 20 tahun disiarkan.

kru jejak rasul bersama etnik  pribumi simbu lokasi port moresby papua new guinea (4)

Saya, Anwar Afiq selaku pengacara Jejak Rasul kali ini perlu bersedia dari segi mental, fizikal dan spiritual kerana tidak pernah sampai ke dua buah negara ini. Perkataan Oceania sendiri agak asing buat saya dan tergambar pelbagai cabaran yang akan saya hadapi  bila  tiba di sana nanti.

Anwar berselawat bersama  kanak-kanak dan penduduk pribumi muslim simbu, papua new guinea (3)

Penjelajahan pertama kami pada 18 Februari 2016, bermula di Port Moresby, ibu kota Papua New Guinea (PNG). Kami disambut saudara Yaakob, seorang Muslim pribumi yang sungguh mesra dan petah berborak dalam bahasa Inggeris. Kami amat terkejut apabila diberitahu PNG memiliki 800 jenis bahasa etnik, namun bahasa Inggeris adalah bahasa perantaraan utama. Seorang lagi pribumi Muslim, Hamzah bertindak sebagai jurupandu dan sekuriti kami, sepanjang berada di PNG. Ke mana sahaja kami pergi, Hamzah akan sentiasa bersama, kami dinasihati untuk tidak berjalan tanpa pengawasan beliau.

Anwar Afiq menemuramah Imam  Masjid ISPNG Imam Mikail Abdul Aziz lokasi Masjid ISPNG Port Moresby Papua  New Guinea (2)

Alhamdulillah, minggu pertama berada di Port Moresby kami sempat merasai hari Sayyidul Ayyam (penghulu segala hari) iaitu hari Jumaat.  Saya ke masjid Islamic Society of Papua New Guinea (ISPNG) di Port Moresby, satu-satunya masjid yang mengadakan ibadah solat Jumaat di ibu kota itu. Ketika inilah saya dapat melihat saudara seagama dari kalangan kaum pribumi serta Muslim warga asing. Lebih menarik lagi, saya mendapat tahu dana untuk membangunkan masjid ISPNG turut disumbang oleh kerajaan Malaysia. Selain Malaysia, negara Indonesia, Arab Saudi serta beberapa buah negara Islam lain turut sama menyumbang.

warga pribumi papua new guinea  menjual barang kraftangan di Pasar Kraftangan Port Moresby (7)

Saya berpeluang mengenali lebih dekat Imam Besar di Port Moresby, Imam Mikail Abdul Aziz. Beliau berasal dari Nigeria, namun telah berada di PNG lebih 30 tahun.  Imam Mikael satu-satunya imam utama yang berpengetahuan tentang syariah Islam secara mendalam. Buat masa ini, dikatakan terdapat lebih 6000 orang Muslim pribumi di PNG dan mereka tinggal bertebaran di seluruh negara itu.  Sudah pasti seorang imam sahaja tidak mampu untuk menjaga kebajikan agama semua muslim di sana. Walaupun Imam Mikael dibantu oleh beberapa orang Muslim Pribumi yang bertindak sebagai guru, mengajar kanak-kanak Islam mengaji serta ilmu-ilmu agama yang asas. Namun mereka sebenarnya amat memerlukan lebih ramai guru agama terutama untuk membantu golongan dewasa yang baru memeluk Islam.

Warga pribumi etnik simbu sedang  mempersembahkan tarian tradisi bernama Bolagol (6)

Kami berpeluang menjenguk kampung Hamzah jurupandu dan sekuriti kami di kampung Bushwara, di luar pusat bandar Port Moresby. Di sana ramai saudara-maranya yang beragama Islam. Majoriti mereka terdiri dari suku kaum Simbu. Etnik pribumi yang dikatakan paling ramai memeluk Islam. Sebaik tiba di kampung Bushwara, kami dipersembahkan dengan tarian tradisional etnik Simbu, siap berpakaian tradisi yang bewarna-warni, suasananya amat meriah. Mereka bangga untuk mempamerkan ciri-ciri kebudayaan mereka kepada kami. Menurut mereka setiap suku kaum di PNG memiliki cara pemakaian baju tradisi dan tarian tersendiri.

Warga pribumi etnik simbu lengkap  berpakaian tradisional lokasi port moresby papua new guinea (5)

Pengalaman ini sunguh menarik dan ingin dikongsikan bersama penonton setia TV3. Pastikan anda semua tidak ketinggalan menyaksikan Jejak Rasul As-Salam : Gema Azan Di Oceania setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, jam 6.30 petang sepanjang bulan Ramadan ini. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv3.com.my dan www.tonton.com.my untuk mengikuti siaran ulangan.Anwar Afiq bersama pemuda etnik  pribumi simbu lokasi port moresby papua new guinea (1)


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *