(SEMASA) JELAJAH RAJA SEHARI MEGA 2015

Spread the love

PengantinRSM4

Pertubuhan Belia Wawasan Baharu sekali lagi akan menganjurkan program perkahwinan beramai-ramai pada tahun 2015 dengan menyasarkan seramai 400 pasangan  yang akan dinikah dan disandingkan dalam satu majlis yang serba mewah dan meriah dengan kos yang paling minimum iaitu RM5000.00/pasangan. Jelajah Raja Sehari Mega 2015 merupakan rentetan kejayaan majlis yang telah diadakan di Putrajaya pada tahun ini dengan jumlah penyertaan sebanyak 73 pasangan daripada seluruh semenanjung Malaysia.

Untitled

JRSM2015 membawa kelainan dengan menyediakan pelbagai inisiatif menarik untuk pasangan yang bakal menyertai program ini dengan memberikan seribu pengalaman indah yang akan diingati sehingga ke akhir hayat mereka. Langkah yang diambil oleh pihak penganjur ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan bagi mengurangkan kadar penglibatan belia dalam gejala sosial yang tidak sihat dan kecenderungan berhutang untuk mendirikan rumahtangga. Umum mengetahui bahawa kos untuk berkahwin saban tahun semakin meningkat dan secara tidak langsung membebankan pasangan yang ingin berkahwin. Kewujudan JRSM2015 secara tidak langsung menjadi platform membantu golongan belia dari sudut pengurusan kewangan yang efektif sebelum dan selepas alam perkahwinan.

Jelajah Raja Sehari Mega 2015 akan dimulakan di Johor (27 & 28 Mac 2015), Putrajaya (6 & 7 Jun 2015), Pahang (10 & 11 Oktober 2015 ) dan Kedah (11 & 12 Disember 2015) dengan sasaran penyertaan seramai 100 pasangan bagi setiap negeri tersebut. Pakej yang dibayar oleh pasangan meliputi seawal proses pendaftaran nikah, persalinan pengantin, pelamin mega, katering, kad jemputan dan ‘goodies bag’, penginapan di hotel bertaraf 5 bintang semasa majlis, pakej bulan madu dan banyak lagi. Disamping itu, perarakan menaiki kereta mewah diiringi oleh konvoi ‘supercar’ dan motorsikal berkuasa tinggi adalah antara pengisian menarik yang bakal dilalui oleh pengantin JRSM2015.

PengantinRSM2

Program ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada kerajaan negeri yang terlibat, badan-badan kerajaan yang berkaitan serta NGO lain yang sudi membantu daripada pelbagai aspek bagi merealisasikan impian 400 pasangan yang bakal menyertai JRSM2015. Program bertujuan  mewujudkan pasangan belia yang berwawasan dan berketrampilan disamping melahirkan generasi muda yang berani dan bertanggungjawab dalam mentadbir urus keluarga secara sistematik.

Pendaftaran Jelajah Raja Sehari Mega 2015 kini dibuka dan terhad kepada 100 pasangan sahaja untuk setiap negeri terpilih. Hubungi: 011-23740010 (Bobo) / 017-3060543 (Yousef) / 017-3476740 (Rustam) atau layari www.facebook.com/rajaseharimega.


Spread the love

One comment on “(SEMASA) JELAJAH RAJA SEHARI MEGA 2015

  1. layla says:

    Saya tinggal di selangor bolehkah saya daftar untuk sertai program ini??? Saya baru dicadangkan oleh rakan untuk menyertai program ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *