(SEMASA) Kerusi Urut GINTELL DéWise Wisdomatic My Mum, My Love

IMG_9509

Artis antarabangsa terkenal, Simon Yam telah melawat Malaysia sebagai duta kerusi urut GINTELL DéWise Wisdomatic di Klang Parade, Klang pada 9 Mei 2015. Kerusi urut GINTELL DéWise Wisdomatic direka untuk memberikan kepuasan dalam urutan untuk melegakan keletihan dan tekanan kehidupan seharian, sekaligus menjadikannya hadiah terbaik untuk ibu. Sempena sambutan Hari Ibu ini, GINTELL akan memberikan peluang untuk memberi ganjaran untuk ibu anda, menawarkan rebat sehingga RM4000 dengan pelbagai hadiah hebat,” ucap Simon Yam yang nampak amat teruja sekali.

GINTELL, terkenal sebagai pengeluar berkualiti tinggi dan peruncit antarabangsa dalam industri kerusi urut, yang baru-baru ini telah dianugerahkan “Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan Terbesar” Malaysia Book of Record pada Januari 2015 mempunyai lebih daripada 100 cawangan seluruh negara. GINTELL ialah jenama yang menggalakkan kesihatan, kasih sayang serta kehidupan. Dengan falsafah sedemikian,produk kesihatan mereka juga bertujuan menaikkan taraf kesihatan orang ramai. GINTELL sentiasa di sisi anda untuk membinakan kehidupan yang lebih sihat sejahtera” , kata Simon Yam lagi.

Gaya saya, Hikmah saya

IMG_9547

Kita semua adalah berbeza daripada satu sama lain, mempunyai pelbagai keperluan yang khusus dan tersendiri. Satu-satunya yang kita inginkan adalah sesuatu yang boleh memenuhi keperluan semua. Dengan memiliki 19 tahun pengalaman dalam membina pelbagai jenis produk penjagaan kesihatan, GINTELL telah diinspirasikan untuk membina kerusi urut Wisdomatic GINTELL De’Wise, sebuah kerusi urut yang membolehkan semua untuk menikmati keselesaan serta kepuasan di dalam zon selesa anda.

Untuk memenuhi keperluan semua, Tekanan Penggulung 3D telah diperkenalkan oleh GINTELL De’Wise. Fungsi ini telah membolehkan kerusi urut Wisdomatic ini untuk menyesuaikan dirinya kepada bentuk badan anda secara automatik. Selain itu, sensor pintar akan menentukan titik akupunktur dengan tepat untuk menjanjikan urutan yang menyenangkan.

Tambahan lagi, Trek Ultra Chiro juga direkakan untuk membekalkan urutan yang ergonomi dan keselesaan dengan memberikan urutan dari leher sehingga ke bahagian paha. Trek yang 95cm panjang ini dapat membantu melegakan sakit belakang dan menghilangkan rasa sakit otot.

Selanjutnya, Regangan Thai Royale 230 darjah juga membantu melegakan tekanan yang berlebihan pada rangka badan termasuk tulang belakang. Urutan ini adalah dicipta dengan mengabungkan beberapa teknik regangan untuk menawarkan istirahat kepada tubuh badan anda.

GINTELL DéWise adalah ditawarkan dalam 4 warna yang berbeza, khususnya Rose Red, Pearl Black, Gloss Grey dan Champagne Gold. Harga runcit kerusi urut Wisdomatic GINTELL

DéWise adalah RM19,988 dan kini anda boleh mendapatinya di semua cawangan GINTELL. Semua harga termasuk 6% GST. Kunjungi Roadshow Hari Ibu GINTELL untuk menikmati tawaran istimewa di Klang Parade dari 29 April hingga 12 Mei 2015 dan IOI City Mall, Putrajaya dari 30 April hingga 17 Mei 2015.

Untuk maklumat lanjut kerusi urut GINTELL Dé Wise Wisdomatic, layari www.gintell.com & GINTELL Facebook atau hubungi talian khidmat pelanggan GINTELL di 1800-88-6332.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *