(SEMASA) MAJLIS PELANCARAN & PERLANTIKAN AZADAN (RABBANI) SEBAGAI DUTA PRODUK SIDRA CARE

Spread the love

Azadan Rabbani Duta Produk Sidra Care 2

KUALA LUMPUR, 7 Mac 2016: Penyanyi Nasyid daripada kumpulan Rabbani iaitu Saudara Azadan hari ini dilantik menjadi duta kepada produk jenama Sidra Care.
Pengarah Urusan Sidra Care iaitu Muhammad Afif Yahya berkata, pemilihan beliau dibuat berdasarkan pengaruhnya terhadap golongan masyarakat yang sangat baik selain latar belakangnya tentang pengamalan perubatan Islam.
“Saya lihat Azadan sebagai ikon kepada masyarakat di luar sana lebih-lebih lagi personalitinya yang islamik cukup menarik perhatian umum. Penglibatannya di dalam industri ini membuatkan saya lihat Azadan adalah selebriti yang paling sesuai menjadi duta Sidra Care ini.

“Ianya juga adalah sebahagian daripada amalan Sunnah Rasulullah dan para ulama yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan uatama dalam mengatasi orang yang terkena sihir. ” ujarnya.

Dalam pada itu, syarikat AAY Permata Trading mengambil kesempatan untuk melancarkan beberapa produk di bawah jenama Sidra Care.

Produk-produk di bawah keluaran Sidra Care adalah seperti Gel Mandian Bidara, Minyak Angin Daun Bidara, Mandian Bidara Kasih, Kasturi Bidara dan Wangian Kereta Bidara dan yang terbaru ialah Losyen Bidara.

Kata Muhammad Afif, produk keluaran Sidra Care adalah berasaskan daun bidara yang mengandungi pati bidara semulajadi yang dapat membantu menenangkan jiwa dan mengharmonikan kembali tenaga baru dan memulihkan semangat dalaman setiap kali digunakan.

“Badan kita memberi reaksi terhadap tekanan, ketakutan dan stress. Oleh itu, produk Sidra Care yang berasaskan pati daun bidara ini dapat membantu menghilangkan tenaga negatif dan memberikan tenaga positif kepada pengguna di samping mengandungi vitamin C dan bahan anti-oksida.”

“Antara bahan-bahan penting yang terdapat dalam produk ini ialah ekstrak daun bidara, daun pudina, garam, gel syampu, dan lavender. Yang penting, produk ini dijamin halal dan selamat,” katanya.

Tambahnya, Gel Mandian Bidara merupakan produk paling mendapat sambutan. Produk ini dirumus khas untuk merawat penyakit-penyakit bersifat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir.

Gel Mandian ini turut mengandungi nilai pH yang sangat tinggi yang baik untuk kulit serta memberi keselesaan dan kesegaran kepada pengguna.

Produk-produk Sidra Care boleh didapati dengan harga sangat berpatutan iaitu serendah RM19.90.

Mohammad Afif berkata, Sidra Care telah bersetuju untuk memberikan hasil jualan sebanyak RM10,000 sebagai sumbangan untuk pembangunan Madrasah Tahfiz Darul Ulama.

Selain itu, pelbagai aktiviti telah dirancang bersama duta produk termasuk lawatan menunaikan umrah bersama 30 peserta dan Ustaz Ghazali Ibrahim (pemilik Muhibbin Holiday Travel) pada 8 Mac sehingga 19 Mac 2016. Jualan istimewa produk Sidra Care turut diadakan menerusi Karnival Ummah Bistari di Padang Anggerik Saujana Utama, Sg Buloh pada 25 Mac sehingga 27 Mac 2016.

Usahawan yang berminat untuk menjadi ejen atau wakil jualan boleh menghubungi talian, 011-66 99 565. Pihak syarikat turut memberi bimbingan usahawan dengan menyediakan model latihan secara online dan offline.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *