(SEMASA) MAMEE ANJUR KEMPEN RAIKAN NO.1 MAMEE

Spread the love

Image 1

Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd (Mamee) – syarikat Malaysia yang dikenali atas kejayaannya baru-baru ini melancarkan kempen sambutannya – Raikan No.1 Mamee yang bermula pada  15 November 2014 dan berlangsung sehingga 22 Februari 2015. Sempena kempen tersebut, Mamee menawarkan iPhone 6 dan pelbagai hadiah menarik setiap hari selama 100 hari menerusi peraduan Raikan No.1 Mamee.

Kempen ini dianjurkan bagi meraikan kejayaan Mamee menerajui pasaran yang dicapai tiga jenama dan produknya yang paling popular di Malaysia – Mister Potato sebagai snek kentang No. 1 di Malaysia, Mamee Monster selaku snek mi No. 1 di Malaysia dan Mamee Chef Laksa Kari yang dinobat sebagai mi cawan segera No.1 di dunia oleh pengulas mi segera antarabangsa, The Ramen Rater yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

“Dengan tiga produk kami berada di kedudukan No.1 dalam kategori masing-masing di Malaysia malah di peringkat antarabangsa, kami yakin dengan janji kami untuk menjadi penyedia produk makanan yang dikenali di seluruh dunia – selari dengan visi Mamee iaitu ‘A World of Good Taste’. Namun, semua ini tidak mampu dicapai tanpa sokongan padu daripada pengguna Malaysia dalam usaha kami untuk membawakan rasa yang lazat kepada semua,” kata Chan Meng Yang, Pengurus Besar Pemasaran Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd.

Kejayaan jenama dan produk keluaran Mamee yang berterusan banyak disumbangkan oleh fokus yang konsisten terhadap standard kualiti paling tinggi dan kesungguhan melaksanakan inovasi. Mamee Chef dilahirkan atas hasil kolaborasi Mamee dan Chef selebriti, Dato’ Chef Ismail dalam mengeluarkan resepi hidangan tempatan kegemaran ramai bagi rangkaian produk Mamee Chef. Pada masa yang sama, jenama Mamee Chef juga mendapat manfaat daripada pengenalan mesin teknologi terkini yang mampu menghasilkan mi yang menyerupai teknik yang digunakan dalam penghasilan mi tarik China tradisional atau lebih dikenali ‘la mian’.

Sementara itu, Mamee Monster terus dekat di hati rakyat Malaysia selepas 42 tahun. Sejajar dengan peredaran zaman, yang mana generasi pertama rakyat Malaysia yang menikmati snek mi ikonik ini telah lama memasuki zaman dewasa, snek mi ini juga semakin berkembang mantap dan menjadi satu produk yang dikenali di peringkat global. Rakyat Malaysia dari semua peringkat umur nyata terus setia meyukai rasa snek ini yang berbentuk seperti kek mi empat segi dan maskot comel bersuara garau, Mamee Monster.

Turut menawan hati rakyat Malaysia dan pengguna di lebih 100 buah negara  ialah jenama Mister Potato dengan maskot bertemakan Mexico. Dikilangkan sejak tahun 1992, Mister Potato telah mendapat kepercayaan pengguna dengan falsafah “Tiada Kompromi”. Kerepek kentang bebas lemak trans Mister Potato hanya diperbuat daripada kentang segar yang diimport dari ladang terbaik di Amerika Syarikat dan Australia. Kentang ini dipilih dengan teliti supaya memiliki tahap gula yang rendah, kandungan kering tinggi, serta berdasarkan warna, rasa, saiz dan tekstur. Ia kemudian dimasak dengan hanya menggunakan minyak sayuran.

Menangi hadiah hebat

Kempen Raikan No.1 Mamee akan memberi peluang kepada para pengguna untuk memenangi Iphone 6 dan pelbagai hadiah menarik setiap hari selama 100 hari yang berlangsung dari 15 November 2014 hingga 22 Februari 2015. Sebuah iPhone 6, RedMi 1S dan 10 unit Mi Powerbank akan diberikan pada setiap hari.

 

Untuk mengambil bahagian, pengguna hanya perlu membeli rangkaian produk No.1 Mamee tertentu, daftarkan kod peraduan yang terdapat di bungkusan produk dan jawab soalan menerusi SMS atau aplikasi peraduan di laman Facebook produk-produk terbabit (Mister Potato, Mamee Monster dan Mamee Chef).  Pemenang akan diumumkan di laman Facebook terbabit pada setiap hari. Pengumuman akan dibuat pada pukul 10.00 malam setiap hari untuk penyertaan hari sebelumnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan peraduan Raikan No.1 Mamee, sila layari laman Facebook untuk setiap jenama tersebut – www.facebook.com/mymameechefwww.facebook.com/misterpotatocrisps, dan www.facebook.com/mymameemonster


Spread the love

5 comments on “(SEMASA) MAMEE ANJUR KEMPEN RAIKAN NO.1 MAMEE

  1. Wayne Teo says:

    I get two raikan mamme no.1/ SH1KWFPN and VK54TFBZ is that prize ??? Reply me with my email thanks

  2. Fiona Chong says:

    May i know this Raikan Mamee No.1code. ZIH8YDKS for what purpose ?
    Can you email for me about this contest.

  3. LOONG QIHANG says:

    reply me with email thk u very much~

  4. foocheesow says:

    i get mamee no.1code QWV9QFUZ IS THAT the prize for this code?

Leave a Reply to mariani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *