(SEMASA) McDonald’s ‘Discover the World’ kini dengan Citarasa Tropika

Spread the love

MCD5617 - HAWAIIAN DELUXE - SEPT 2016 - DIGITAL - PRODUCT IMAGE

Kuala Lumpur, 14 September 2016 – Buat kali ketiga, dalam masa enam minggu, McDonald’s Malaysia bakal memperkenalkan satu lagi produk baharu iaitu burger Hawaiian Deluxe. Ditawarkan dalam tempoh masa terhad mulai 15 September hingga 5 Oktober 2016, burger ini merupakan sebahagian daripada kempen ‘Discover the World’ – satu kempen yang menjanjikan kemeriahan suasana dan cita rasa istimewa dari pelbagai lokasi di seluruh dunia ke restoran McDonald’s seluruh negara. Kali ini, McDonald’s Malaysia meraikan semangat ‘Aloha’ dengan mengetengahkan nilai kasih sayang dan persahabatan.

Nikmati keenakan rasa tropika dengan potongan nanas, salad segar, daging ayam empuk dan kepingan ayam enak ditambah pula dengan keju dan sos Hawaiian lazat.

“Kami telah membawakan pengalaman menarik kepada pelanggan dengan citarasa dan budaya dari seluruh dunia menerusi kempen ‘Discover the World’ – dimulakan dengan tema karnival Rio sehinggalah citarasa Malaysia. Kali ini, McDonald’s meraikan pula ‘Aloha’ yang menonjolkan tema persahabatan dan kasih sayang sesama manusia, satu nilai budaya yang turut kita amalkan di sini,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia. “Apa yang lebih penting, Discover the World memberikan pengalaman yang cukup bermanfaat kepada kami di McDonald’s bagi membolehkan kami memahami citarasa dan kegemaran pelanggan melalui setiap produk yang dilancarkan. Dua burger sebelum ini seperti Burger Rio dan Burger Syok telah menerima sambutan yang menggalakkan dari pelanggan dan kami berharap pelanggan akan turut teruja dengan pengenalan Hawaiian Deluxe ini.”

Meraikan semangat Aloha, McDonald’s akan menghadiahkan jambangan bunga kepada orang-orang yang anda sayang pada setiap hari Selasa sepanjang tempoh promosi menerusi kerjasama dengan 50Gram, peniaga bunga terkenal. Bukan itu sahaja, pelanggan McDonald’s juga berpeluang memenangi baucer pelancongan bernilai RM1,000.00 ke destinasi pilihan dengan menyertai pertandingan “Snap & Win” yang akan diadakan mulai 17 hingga 30 September ini. Menerusi aplikasi Snapchat, anda boleh menghasilkan rupa ‘Hawaiian’ paling menarik menerusi aplikasi Snapchat. Maklumat lanjut untuk menyertai promosi-promosi ini, sila, layari http://www.mcdonalds.com.my/.

Hawaiian Deluxe boleh didapati dengan harga RM11.95 (Ala Carte) dan RM14.99 (Set McValue Regular – dengan kentang goreng dan Frozen Fanta).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *