(SEMASA) McDonald’s pilih Malaysia sebagai destinasi kedua sempena kempen ‘Discover the World’ dengan pelancaran Burger Syok

Image 3Kuala Lumpur, 22 Ogos 2016 – McDonald’s Malaysia menerusi kempen ‘Discover the World’ kini kembali buat kali kedua membawakan cita rasa tempatan dengan memperkenalkan Burger Syok yang boleh didapati mulai 22 Ogos hingga 16 September 2016. Kempen ‘Discover the World’ membawakan kemeriahan suasana dan cita rasa istimewa dari pelbagai lokasi di seluruh dunia ke restoran McDonald’s seluruh negara.

Image 9

Diinspirasikan daripada keistimewaan dalam kepelbagaian yang sinonim dengan rakyat Malaysia; Burger Syok meraikan sesuatu yang dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia – kegemaran untuk apa sahaja hidangan yang pedas. Burger Syok McDonald’s adalah hidangan lazat dengan gandingan isi paha ayam panggang empuk, limpahan sos Syok pedas dan sayur campuran segar yang diapit dengan roti bijan.

Image 7

Sempena dengan pelancaran Burger Syok, McDonald’s turut bekerjasama dengan kartunis terkenal tanahair, Datuk Lat untuk meningkatkan pengalaman pelanggan semasa menikmati Burger Syok. Di samping meraikan keunikan dan kepelbagaian di Malaysia, kerjasama ini bakal menampilkan karya Datuk Lat di rangkaian restoran McDonald’s seluruh negara termasuklah menjadi tema untuk kotak bungkusan Burger Syok.

Image 1

“Kebanyakan rakyat Malaysia membesar dengan karya Datuk Lat – melihat gambaran diri mereka sendiri dalam hasil karya beliau. Bagi pihak McDonald’s Malaysia pula, kami telah bertapak di sini selama lebih 34 tahun dan telah melakar pelbagai pengalaman manis bersama para pelanggan kami. McDonald’s telah berkembang menjadi antara restoran paling digemari di Malaysia. Sehubungan itu, kerjasama ini cukup bermakna bagi kami tatkala kami berusaha untuk menyatukan rakyat Malaysia menerusi perkongsian cita rasa dan minat yang sama – khususnya sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia tidak lama lagi,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia.

Image 8

Datuk Lat turut membuat penampilan istimewa semasa pelancaran Burger Syok dengan membuat lakaran karakter kartunnya secara langsung di atas pentas, diikuti dengan sesi beramah-mesra bersama peminat. Penampilan beliau merupakan salah satu acara kemuncak sepanjang karnival yang dianjurkan oleh McDonald’s sempena pembukaan cawangan restorannya di Putrajaya. Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya termasuklah acara permainan, persembahan pentas dan juga sesi senam aerobik bersama Ronald McDonald.

Burger Syok boleh didapati dengan harga RM11.95 (Ala Carte) dan RM14.99 (Set McValue Regular – dengan kentang goreng dan Frozen Fanta). Maklumat lanjut, layari http://www.mcdonalds.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *