(SEMASA) MERAIKAN MUSIM RAYA DENGAN FESTIVAL FESYEN ZALORA

Designers Fazura, Belle (Bella Ammara), and Atiqah (Sugarscarf)

ZALORA, Destinasi Fesyen atas Talian di Asia melancarkan edisi terbaru mereka iaitu Koleksi Raya Pakaian Pakai Siap dengan beberapa pereka fesyen di Malaysia. Syomir Izwa, Bella Ammara, Sugarscarf, Fazura, dan label Muslimah ZALORA iaitu, ZALIA, menampilkan koleksi  terbaru mereka di pertunjukan fesyen bersama yang diadakan di JW Marriott Kuala Lumpur.

zalora 1

“Kerjasama ini adalah selaras dengan usaha berterusan kami untuk membawa koleksi pakaian yang terbaik kepada para pelanggan kami.” Kata Giulio Xiloyannis, Pengarah Urusan ZALORA Malaysia. “Kerjasama ini juga membolehkan para penggemar Syomir Izwa, ZALIA, Bella Ammara, Sugarscarf, dan Fazura di seluruh Malaysia dan Brunei untuk memiliki koleksi mereka untuk Raya 2015.”

zalora fazura

Acara itu dimulakan dengan menampilkan Koleksi Fazbulous Raya 2015, yang telah direka oleh bintang tanah air popular, Fazura. Koleksi yang dipanggil ‘Seri Panggung’, mendapat inspirasi daripada watak-watak yang berwarna-warni yang pernah dimainkan oleh Fazura di layar perak. Hasilnya ialah sembilan reka bentuk yang unik dan elegan dibuat daripada kain yang indah dan hiasan halus, semestinya untuk Raya yang menyenangkan. ZALORA dengan bangganya membawa ciptaan indah Fazura ke dalam laman web dan percaya bahawa koleksi ini mewakili keanggunan beliau dan gaya feminine yang berkeyakinan.

zalora bella

Pertunjukan kedua hari itu adalah daripada label ZALORA sendiri, ZALIA. Melakar inspirasi daripada artis abad ke-19, lukisan Adolph Menzel, “The Supper at the Ball’, koleksi tersebut menerapkan inspirasi glamor era silam dengan reka bentuk kontemporari. Menyalurkan keindahan dewan diraja dan keanggunan candelier kristal, koleksi ZALIA 2015 dilimpahi dengan dengan hiasan rumit, sulaman, cetakan cetakan unik dan perincian renda yang halus, di mana semuanya dicipta secara eksklusif.

Koleksi yang terdiri daripada fabrik klasik seperti chiffon lembut dan satin tersedia dalam palet warna yang berbeza, iaitu emas logam, biru gelap, warna pastel yang lembut serta hitam klasik dan warna gading.

zalora sugar

Bella Ammara dan Sugarscarf kemudian bergabung dan tampil dalam satu segmen kerjasama yang memaparkan Bella Ammara untuk pakaian ZALORA dan Sugarscarf untuk tudung ZALORA. Bella Ammara untuk ZALORA ini diilhamkan daripada kesopanan klasik tahun 60-an dan 70-an yang digabungkan dengan unsur-unsur moden. Fabrik Como krep dan Tweed dalam pilihan warna yang kaya telah digunakan secara meluas dalam setiap reka bentuk. Setiap koleksi menampilkan kesederhanaan, menyerlahkan gaya dan keselesaan kepada pemakai.

Sugarscarf, pula menampilkan tiga rekaan yang mengiringi Bella Ammara untuk koleksi ZALORA. Koleksi The Madison Beads, Koleksi The Madison Lace, dan koleksi The Madison 3D Flower, terlihat cukup bergaya dan sederhana pada landasan peragaan. Inspirasi di sebalik tudung ini adalah untuk menyerlahkan nilai-nilai kewanitaan seorang wanita Islam moden. Koleksi The Madison Beads melambangkan keanggunan, koleksi Madison Lace melambangkan keberanian, dan akhir sekali, koleksi Madison 3D Flower melambangkan kecantikan.

zalora sayomi izawa

Acara diakhiri dengan persembahan fesyen oleh pereka fesyen tersohor Malaysia, Syomir Izwa. Koleksi Raya 2015 Syomir Izwa untuk ZALORA ini sebahagian besarnya diilhamkan melalui peningkatan Syomir iaitu ‘Malaysiana’. Lebih khusus lagi, beliau memilih pulau yang indah di Pulau Pinang untuk dijadikan sebagai inspirasi, kerana budayanya yang kaya, sejarahnya, dan yang paling penting, warna – satu aspek utama dalam proses visualisasi pereka.

Syomir mendapat inspirasi lanjutan dari ‘Nyonya Peranakan’ dan masyarakat ‘Anak Mami’ yang membantu untuk membentuk gaya fesyen dan warisan yang telah menjadikan Pulau Pinang seperti yang ada pada hari ini. Dengan menjadikan Pulau Pinang sebagai ‘inspirasi’, setiap rekaan koleksi adalah sangat meriah sebagai pulau itu sendiri.

Penggunaan warna pastel dan garis-garis hitam  diinspirasi daripada imej penjajah. Budaya Mami mempengaruhi rekaan kedua koleksi beliau, meriah dengan penggunaan warna-warna yang kaya seperti biru elektrik, kuning, hijau, merah jambu, hijau dan mencerminkan semangat dan tenaga masyarakat India Muslim. Bagi kumpulan Nyonya pula, warna-warna diilhamkan oleh porselin Cina dan lukisan antik. Butiran tambahan halus telah diilhamkan oleh gerbang yang terdapat pada tingkap dan pintu tradisional ‘kopitiam’.

“Perempuan yang memakai koleksi ini adalah seorang wanita yang yakin dan mengakui kisah lalu beliau tetapi terus maju untuk ke masa hadapan. Dia menikmati praktikaliti sementara masih tidak melupakan kepentingan gaya yang bersahaja, “kata Syomir Izwa mengenai koleksi tersebut.

Pertunjukan fesyen gilang-gemilang tersebut adalah anjuran kedua ZALORA bagi Koleksi Lebaran mereka dan dianjurkan dengan kerjasama CIMB. Acara ini bertujuan untuk memupuk dan mengembangkan industri fesyen Muslimah tempatan manakala mendedahkan perkembangan terkini dan trend di pasaran untuk para pengguna. Koleksi-koleksi daripada ZALIA, Bella Ammara for ZALORA, serta Sugarscarf for ZALORA boleh didapati di ZALORA.com.my sekarang. Koleksi-koleksi Raya daripada Fazbulous Raya by Fazura dan Syomir Izwa pula boleh didapati di ZALORA.com.my bermula minggu ketiga Jun 2015.

MENGENAI ZALORA

ZALORA, destinasi fesyen atas talian di Asia, ditubuhkan pada awal tahun 2012. Dengan kehadiran di Singapura, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam, Hong Kong dan Brunei, laman web ZALORA menawarkan koleksi lebih daripada 600 jenama utama antarabangsa dan tempatan dan lebih daripada 30,000 produk di seluruh pakaian, kasut, aksesori, dan produk kecantikan untuk lelaki dan wanita. Menawarkan tiga puluh hari polisi pulangan percuma, penghantaran cepat dalam masa 2-3 hari bekerja, penghantaran percuma atas perbelanjaan tertentu, dan kaedah pembayaran yang pelbagai termasuk bayar waktu terima, ZALORA adalah destinasi membeli-belah atas talian dengan kemungkinan fesyen yang tidak berkesudahan.

For more information, please visit www.zalora.com.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zalora.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *