(SEMASA) MERIAHKAN MAJLIS ANDA DENGAN PEK PARTI BAHARU DARIPADA THE COFFEE BEAN & TEA LEAF®

Spread the love

party-packsKuala Lumpur, 14 September 2016 –  Apabila hendak meraikan sambutan istimewa, pastinya The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) menjadi pilihan utama dengan 15 pek parti berbeza untuk setiap majlis! Kini, perancangan parti lebih mudah dan menyeronokkan dengan tiga kategori pilihan iaitu Party Classics, Party Signature atau Party Premium!

bagel-mania

Setiap tuan rumah pastinya meinginkan suasana selesa dan menyenangkan ketika melayan tetamu; dengan Pek Parti CB&TL baharu, segalanya menjadi lebih mudah untuk mengadakan parti – hanya lihat, pilih dan pra-tempah di laman web!

“Pek Parti baharu dengan sentuhan berbeza daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) ini direka khas untuk memudahkan lagi sesiapa sahaja yang ingin mengadakan parti dengan penuh gaya, tanpa perlu runsing untuk memilih makanan daripada menu yang panjang – dengan kemudahan ini, tuan rumah boleh melayan tetamu dengan tenang dan majlis akan menjadi lebih meriah. Ini bertepatan dengan usaha The Coffee Bean & Tea Leaf® dalam menyediakan suasana santai untuk perbualan mengasyikkan dan mencipta memori indah,” kata Cik Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.

????????????????????????????????????

Bukan mudah untuk menghasilkan pilihan makanan parti yang menarik – rangkaian Pek Parti baharu ini telah memakan masa 1½ tahun untuk dibangunkan dan diuji bagi memastikan setiap rasa bersesuaian dengan pilihan lain di dalam menu. Pelanggan boleh memilih sama ada daripada pilihan manis seperti Chocolate Delight, Citrus Carnival dan Tart Attack; atau pilihan lain seperti Quiche Delish, Puffs n’ Pies dan Cali Sliders.

Untuk menambah lagi keterujaan dalam Pek Parti ini, CB&TL mempersembahkan dua teh ‘whole leaf oolong’ baharu yang diperoleh dari Pergunungan Nantou County  di Taiwan – Osmanthus Oolong merupakan campuran separuh penuh dengan aroma dan rasa bungaan, sementara Tung Ting Oolong Edisi Terhad menyeriakan deria anda dengan rasa pic dan aroma bungaan yang separa manis. Proses pembuatan Osmanthus Oolong memerlukan ketetapan masa bersesuaian dan melibatkan proses berperingkat seperti yang dilakukan generasi terdahulu; ini termasuklah memetik bunga Osmanthus setahun sekali pada waktu bersesuaian ketika ia masih segar dan proses menggelek sebanyak empat kali untuk meningkatkan rasa daun teh. Daun teh Tung Ting Oolong perlu melalui proses eksklusif sebanyak 14 peringkat, bermula dengan memetik dua daun paling segar dan putik bunganya.

baby-bear-cupcakes

Terokai lebih lagi tentang teh-teh ini dan kesemua pilihan 15 Pek Parti dan ketahui lebih lanjut tentang tawaran terbaharu CB&TL, berita dan promosi di www.coffeebean.com.my atau ikuti CB&TL di laman Facebook  www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau akaun instagram CB&TL di @coffeebeanMY.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *