(SEMASA) Minggu Setiausaha Ella 2016

Spread the love

el1

ELLA, Ratu Rock Negara suatu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Lebih tiga dekad mengharungi kehidupan seni sehingga diangkat sebagai Ratu Rock Negara sudah cukup membuktikan kehebatan ELLA sebagai salah seorang penyanyi wanita terbaik negara. Gelaran Ratu Rock Negara amat bersesuaian dengan populariti dan kemasyhuran yang diraihnya sepanjang 30 tahun berkecimpung sebagai anak seni. Pelbagai pengiktirafan diterima baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Walaupun dilihat sinonim dengan genre muzik rock, tiada siapa yang boleh menyangkal bahawa penyanyi popular ini amat berbakat dan berani bereksperimentasi dengan pelbagai jenis muzik. Itu membuktikan si jelita ini penghibur berbakat dan tidak pernah mengecewakan. Kejayaan demi kejayaan sepanjang penglibatan dan kemampuan bertahan hingga ke saat ini membuatkan ELLA terpanggil untuk memberikan sesuatu yang istimewa kepada peminat-peminat setia yang sentiasa menantikan kemunculan beliau.

Kelahiran single ‘ISTIMEWAH’ juga mendapat penerimaan baik di kalangan pendengar dan peminat ELLA. Namun sesuatu yang lebih istimewa bakal menemui peminat setia beliau. ELLA bersama penganjur utama, Ben Jawi Entertainment akan meraikan Minggu Setiausaha buat pertama kalinya pada 27 April 2016 (Rabu), bertempat diDewan Perdana Felda Kuala Lumpur bermula jam 12.00 tengahari.

Tidak pernah sesekali muzik rock ELLA berkumandang merentas pentas Minggu Setiausaha. Pertama kali menerima cabaran menghiburkan setiausaha adalah sesuatu yang amat mengembirakan. “Ini merupakan kali pertama ELLA mengadakan Minggu Setiausaha. Tidak pernah terlintas langsung difikiran ELLA untuk beraksi di Minggu Setiausaha dan kini sampai masanya untuk ELLA menyahut cabaran ini. Lebih istimewa, cabaran itu datang dari suami ELLA sendiri.”

Janji ELLA ialah acara itu bakal disusun dengan rapi dan eksklusif buat peminat dan terutamanya para setiausaha yang bakal diraikan. Menurut ELLA atau nama sebenarnya Norzila Binti Aminuddin, “Kawan-kawan rapat ELLA juga ramai yang memujuk, menyokong dan memberi galakkan untuk membuat persembahan di minggu setiausaha, usaha ini. ELLA juga berharap mendapat sokongan daripada orang ramai, peminat, dan juga syarikat-syarikat yang ingin turut serta memberikan hadiah kepada warga kerja terutamanya para setiausaha mereka.”  
ELLA akan membawakan lagu-lagu hits dan juga pelbagai genre muzik untuk menghiburkan mereka dalam sesi dua jam yang penuh santai dan intim. ELLA ingin mengambil kesempatan ini untuk berada lebih dekat dan beramah mesra dengan mereka secara lebih peribadi.

ELLA juga ada kejutan istimewa kerana ELLA akan menjemput beberapa artis lain untuk turut serta menjayakan Minggu Setiausaha ini. ELLA mahukan sesuatu yang dapat meninggalkan impak tersendiri bukan hanya untuk diriELLA malah juga untuk industri.  Walaubagaimanapun persiapan dan maklumat terperinci hanya dapat ELLAkongsikan nanti, “ tambah ELLA.

ELLA pernah mencatat nama dalam ‘Malaysia Book Of Records’ sebagai `Artis Wanita Pertama Yang Mempunyai Penjualan Album Terbanyak’ pada tahun 1998. ELLA turut melakar sejarah apabila beliau merupakan satu-satunya artis Malaysia pertama merakam album penuh di Amerika Syarikat (1992).

Tiket Minggu Setiausaha ELLA akan mula dijual bermula pada Januari 2016.   Meletakkan harga tiket serendah harga RM400 sementara tiket termahal RM800 seorang, merupakan percaturan paling rock dan eksklusif yang pernah dilakukan oleh ELLA. Tiga jenis tiket yang dijual ialah Platinum (RM400/seorang), Diamond (RM600/seorang) dan VIP (RM800/seorang). Tiket-tiket boleh ditempah secara individu atau kumpulan menerusi tempahan meja, di talian hotline +60 11 1633 4041. Harga yang tawarkan adalah termasuk GST.

Selain dari itu, ELLA juga membuka peluang kepada syarikat-syarikat korporat dan individu-individu yang berminat untuk menaja konsert Minggu Setiausaha ELLA. ELLA juga berbesar hati sekiranya ada syarikat-syarikat korporat atau individu-idividu yang berminat untuk menaja Minggu Setiausaha ELLA ini. Pengurusan ELLA ada menyediakan pakej-pakej istimewa untuk penaja-penaja berminat dan mereka boleh berurusan secara terus dengan pengurusanELLA untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej istimewa itu. Tiga pakej yang diperkenalkan iaitu pakej Emerald, Sapphire dan Topaz.,” tambah ELLA.  

Nantikan tarikh `istimewah’ Minggu Setiausaha bersama ELLA bersama penganjur utama, Ben Jawi Entertainment buat pertama kalinya pada 27 April 2016 (Rabu), selama dua jam tanpa henti bertempat di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur bermula jam 12.00 tengahari.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *