(SEMASA) Nikmati suasana membeli-belah Pop Yeh Yeh Raya di Sunway Pyramid!

Spread the love

 Photo finish with Pop Yeh Yeh legends, Dato A. Rahman Hassan, Adnan Othman, S. Mariam, & Roziah Latiff

Bersedia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan penuh gaya, disertai oleh pakaian serba baru, hiasan rumah, kuih Raya yang sedap, rambut baru, dan bermacam-macam lagi! Semestinya Sunway Pyramid adalah destinasi pengembaraan membeli-belah anda, dengan lebih daripada 890 buah kedai dan tawaran F&B untuk memenuhi segala keperluan membeli-belah dan hidangan Raya anda.

Adnan Othman & Delima_1Pengunjung akan dipersembahkan dengan pelbagai pilihan Hari Raya yang cukup bergaya, termasuk Baju Kebaya, Baju Kurung, dan Baju Melayu dalam segala aneka warna, khas daripada Rimba. Untuk mereka yang inginkan gaya yanglebih berfesyen, koleksi Hana Tajima untuk Uniqlo menggabungkan rekaan kontemporari antara kebaya dan hijab, menghasilkan fesyen moden tanpa melupakan nilai-nilai tradisional.

Pengembaraan membeli-belah anda diteruskan lagi dengan misi untuk mencari aksesori yang lengkap untuk Hari Raya. Trollbeads, Lovisa, dan Shinju Pearls adalah antara jenama yang menawarkan trend yang terkini untuk digayakan dengan pakaian Raya anda, manakala kasut dan beg tangan boleh didapati daripada jenama-jenama kesukaan ramai seperti Braun Buffel, Bonia, Aldo, dan Pedro.

Pengunjung juga boleh membawa pulang hadiah dan cenderamata Timur Tengah yang unik daripada Arabian Oud; hamper Raya daripada Crabtree & Evelyn; Marks & Spencer, Pure Cookies, Famous Amos, dan Cocoa Trees; begitu juga dengan bunga-bungaan yang cantik dan segar daripada Fleurs@Marrakesh untuk mengceriakan Hari Raya anda!

Tambahan lagi, aneka kedai makanan di pusat membeli-belah ini akan menjalankan promosi-promosi Ramadhan. Antara yang disukai ramai adalah Tarbush dan Mandi Hadramot yang menampilkan makanan dari Timur Tengah, Ole-Ole Bali dan Ayam Penyet Ria untuk santapan Indonesia, Madam Kwan’s untuk hidangan kegemaran tempatan, dan juga Miami Grill dan NY Steak Shack untuk makanan barat. Sebagai pencuci mulut, pengunjung boleh mencuba ‘dondurma’, sejenis aiskrim berasal dari Turki yang dihidang dengan gaya! Aiskrim Booza akan memberi persembahan dengan memutarkan blok-blok aiskrim yang pasti akan meghiburkan pengunjung-pengunjung di presint LG2 Marrakesh.

Adnan Othman & Delima_5Sambil menluangkan masa disini, Sunway Pyramid akan membawa pengunjung balik ke zaman 60an yang mengasyikkan! Orange Concourse di Sunway Pyramid telah ditukarkan kepada taman ajaib retro untuk memberikan penghargaan kepada pertengahan era 1960an, mulai sekarang hingga 10 Julai. Singgah di pekan Raya Pop Yeh Yeh dan saksikan bibit-bibit Tayangan Filem Klasik di Panggung, sambil menikmati snek-snek zaman lama.

Pengunjung yang berbelanja dengan minimum RM250 (RM150 untuk pemegang kad kredit HSBC) layak untuk menebus sampul duit raya eksklusif Sunway Shopping Malls dan baucer Pop Yeh Yeh. Baucer Pop Yeh Yeh boleh ditukar dengan hadiah percuma yang berupakan penggayaan rambut retro yang eksklusif di kedai bertema 60an – The Salon, set foto siap bercetak di Photo Studio, dan sepeket snek zaman lama. Van Combi yang girang akan mencuri perhatian dengan tarikan klasiknya yang pasti membuatkan pengunjung ingin bergambar.

Sepanjang kempen ini, pengunjung juga dapat membeli rekod vintage! Serlahkan jiwa hipster anda dan nikmati irama lunak yang dimainkan daripada vinyl, sepertimana muzik sering didendangkan pada pertengahan zaman 60an dahulu.

“Tiada apa yang lebih menyeronokkan daripada sebuah nostalgia yang membawa anda balik ke zaman dahulu. Tema Hari Raya tahun ini, bertepatan dengan Pop Yeh Yeh, ialah imbasan memori-memori manis dan tradisi turun-temurun yang dikongsi bersama orang-orang yang tersayang,” ucap Kevin Tan, selaku Ketua Pegawai Operasi di Sunway Pyramid.

“Muzik adalah bahasa universal yang dapat melangkaui batas dan menyentuh hati semua orang. Sebagai sebahagian daripada Sunway Resort City, Sunway Pyramid adalah sebuah pentas budaya yang bagus untuk mengekalkan tradisi yang tidak lapuk dek zaman dan memberikan pemahaman yang lebih baik antara rakyat daripada semua jenis peringkat,” tambahnya lagi.

Pop Yeh Yeh adalah gerakan muzikal di Malaysia dan Singapura diantara tahun 1964 sehingga 1969. Terma Pop Yeh Yeh diperolehi daripada lagu popular kugiran The Beatles yang berjudul “She Loves You” dengan lirik korusnya yang berbunyi “Yeah Yeah Yeah” diambil sebagai nama. Pop Yeh Yeh juga adalah cara yang efisyen untuk menghubungkan ikatan antara muzik pop Melayu dan Barat.

Antara kugiran Pop Yeh Yeh tempatan yang terkenal pada era tersebut adalah Adnan Othman & The Rhythm Boys, A. Rahman Hassan & Orkes Nirwana, A. Halim, The Jayhawkers dan ramai lagi.

Sungguh benar, Hari Raya adalah masa untuk bermaaf-maafan sesama manusia, mengeratkan silaturrahim, membaiki ikatan yang putus, melawat keluarga dan sahabat, dan tidak ketinggalan, menjamah aneka juadah selepas sebulan berpuasa. Dengan itu, Pop Yeh Yeh oleh Sunway Pyramid ingin menghulurkan ucapan ikhlas dari hati, menyebarkan semangat Hari Raya daripada zaman 60an untuk dihayati oleh generasi hari ini.

Untuk lebih maklumat tentang Raya Pop Yeh Yeh oleh Sunway Pyramid, lawati www.sunwaypyramid.com atau hubungi 03-7494 3100.

 

Ikuti Sunway Pyramid dalam platform media sosial berikut:

Facebook – www.facebook.com/sunwaypyramid

Instagram – @Sunway_Pyramid

Twitter – @Sunway_Pyramid

Sunway Pyramid Mobile App – http://sunwaypyramid.com/mymallapps.asp


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *