(SEMASA) PAVILION KUALA LUMPUR MERAIKAN ‘VISIT MALAYSIA 2020’ DENGAN ‘WORLD DRAGON & LION DANCE EXTRAVAGANZA’

Spread the love

KUALA LUMPUR, 1 JANUARY 2020 – Destinasi membeli-belah terkemuka di Malaysia, Pavilion KL, hari ini membawakan kepada anda “World Dragon & Lion Dance Extravaganza – Malaysia Edition 2020”, salah satu acara permulaan yang dinantikan untuk Visit Malaysia 2020. Kehadiran 4 naga dan 130 singa yang kelihatan gah daripada kumpulan tarian singa di seluruh Malaysia yang berkumpul di Pavilion KL dalam siri persembahan sepanjang hari yang mempamerkan keunikan budaya dan warisan Malaysia serta merupakan tarikan yang besar kepada pelancong luar negara mahupun tempatan. 

Hadir untuk merasmikan pelancaran tersebut ialah Tetamu Kehormat, YB Tuan Haji Khalid Bin Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan; diiringi oleh Ybhg Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur; YBhg Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Runcit Pavilion KL; YBhg Dato’ Philip Ho, Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion REIT; YBhg Dato’ Maznah binti Abdul Jalil, Lembaga Pengarah REIT Pavilion. Acara tersebut juga dihadiri oleh rakan-rakan kongsi, agensi–agensi pelancongan, serta media, dan menarik perhatian beratus-ratus pelancong dan pengunjung.

Para tetamu kehormat turut mengambil bahagian dalam upacara ‘eye-dotting’ tradisional bagi 10 singa yang berwarna-warni dengan menghidupkan dan memberikan singa tersebut tenaga dan semangat sebagai pembuka acara yang gemilang ini. Untuk menambahkan lagi kemeriahan perayaan, para jemputan VIP juga melemparkan syiling emas hajat ke dalam Pavilion Crystal Fountain yang ikonik bagi melambangkan tuah, kemakmuran dan nasib baik.

“Sebagai sebuah destinasi membeli-belah terkemuka di Malaysia, Pavilion KL sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman pengunjung, pelawat dan pelancong. Hari ini, kami mengekalkan tradisi warisan untuk menyambut tahun baru dan meraikan Visit Malaysia 2020. Sebagai persediaan tahun baru yang menggembirakan ini untuk Malaysia, kami telah memeterai beberapa usahasama yang strategik untuk memberikan nilai tambah kepada pengunjung kami, dan kami sangat gembira untuk berkongsikannya pada tahun 2020”, ujar Dato ‘Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Runcit, Pavilion Kuala Lumpur.

Lebih daripada 1200 ahli yang berdedikasi daripada pelbagai kumpulan naga dan tarian singa dari seluruh Malaysia mengambil bahagian dalam sambutan hangat dan bersemangat ini. Lanjutan daripada kegembiraan tersebut, para pengunjung disajikan dengan Kids Lion Dance Championship yang menampilkan kanak-kanak yang berusia dua hingga dua belas tahun daripada 10 kumpulan tarian yang berbeza telah mewakili sekolah rendah masing-masing. Para pengunjung juga telah menikmati persembahan penutup khas oleh pemenang Genting World Lion Dance Championship 2019, Khuan Loke Dragon and Lion Dance Troupe.

Pengunjung, pelawat dan pelancong telah dihiburkan dengan Pavilion Parade yang berwarnawarni dan meriah, di mana 130 singa berarak di sekitar pintu masuk dan premis yang berlainan di pusat membeli-belah untuk merahmati dan membawa tuah serta nasib yang baik untuk Tahun Baru.

Diadakan selama tiga tahun berturut-turut di Pavilion KL, ini adalah kali pertama World Dragon & Lion Dance membawakan Pameran Kebudayaan di Dining Loft, Aras 7 untuk mempamerkan asal-usul dan sejarah warisan budaya yang menakjubkan ini. Pameran ini dibuka kepada orang ramai mulai 1 Januari hingga 9 Februari 2020.

Bersempena dengan sambutan ini, dan untuk mengekalkan tradisi warisan Tarian Singa,

Pavilion KL juga telah menyumbangkan sepuluh kostum singa ke sepuluh sekolah di Malaysia – SJKC Kepong 3; Kumpulan Tarian Singa SJKC Jalan Davidson; SJKC Tsun Jin; Kumpulan Tarian Singa SJKC San Yuk Rawang Selangor; SJKC Kampung Baru Ampang; SJKC Choong Min Teluk Intan; SJKC Serdang Baru; SJKC Subang; dan Persatuan Tarian Naga dan Singa SJKC Yu Hua Kajang.

Sejak dibuka kepada orang ramai pada tahun 2007, Pavilion KL sentiasa aktif mempromosikan pelancongan membeli-belah dan meningkatkan status Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan. Pusat membeli-belah ini berada di barisan hadapan inovasi dan kecemerlangan runcit, memenangi lebih daripada 47 anugerah antarabangsa dan tempatan.

Untuk menyokong Visit Malaysia 2020 dan memberikan ganjaran kepada pengunjung dari luar negara, Pavilion KL telah bekerjasama dengan Union Pay dan Royal Selangor untuk mereka cipta sebuah hadiah yang unik – ‘boarding pass’ dalam 3 warna yang direka dengan panel pewter pada penutup, yang menampilkan Pavilion Crystal Fountain yang ikonik. Mempromosikan warisan pewter dan kraftangan Malaysia, hadiah ini boleh didapati untuk penebusan sepanjang tahun bagi pemegang kad Union Pay dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM300 dalam satu resit.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Pavilion KL di www.pavilion-kl.com, akaun Instagram di https://www.instagram.com/pavilionkualalumpur/ atau hubungi Concierge Pavilion KL di 03 2118 8833.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *