(SEMASA) Pemenang Peraduan Orchid ‘Proud To Be A Woman’ Diumumkan

Spread the love

Orchid_002

Shah Alam, 23 Jun 2015- Orchid, jenama baru dalam rangkaian pembersih khusus wanita telah mengumumkan pemenang peraduan Orchid Proud To Be A Woman (Khas Untukmu Wanita) bagi mengiktiraf dan meraikan wanita Malaysia dan kehebatan mereka, dengan barang kemas Swarovski.

Orchid-001

Peraduan ini dianjurkan sempena Hari Wanita Antarabangsa dan menampilkan soalan harian tentang erti menjadi seorang wanita di Malaysia. Soalan terakhir meminta peserta berkongsi perkara yang paling mereka sukai tentang menjadi seorang wanita.

Peraduan yang berlangsung selama lebih daripada sebulan di laman fanpage Facebook Orchid ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan peminat. Pelbagai pendapat diterima dengan baik dan diselesaikan dengan harmoni.

Para pemenang peraduan Orchid Proud to Be A Woman menerima barang kemas Swarovski bernilai RM1,000 dan produk pembersih khusus wanita Orchid.

Tempat pertama dimenangi oleh Cik Ain Azimah Ramli, 27, dari Sungai Besar, Selangor, diikuti tempat kedua yang dimenangi oleh Pn. Farah Diyana Bt Muhammed Fadhli, 30, dari Rawang manakala Pn Suharizawati Bt Mohd Zain, 32, dari Kuantan, Pahang memenangi tempat ketiga. Pemenang menerima barang kemas Swarovski berupa set rantai leher bersama loket, gelang tangan dan sepasang subang berbentuk hati yang amat memikat.

Menurut Cik Angeline Sim, Pengurus Produk Kumpulan, Penjagaan Diri dan Isi Rumah Rumah, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, sambutan terhadap peraduan Orchid Proud To Be A Woman amat menggalakkan dan membuka mata kerana hasil peraduan tersebut mendedahkan bagaimana wanita Malaysia memandang diri mereka dan peranan mereka dalam masyarakat.

“Peraduan ini benar-benar membuka mata kerana sambutan dan perbincangan berterusan dalam kalangan pengguna Orchid menunjukkan kewujudan pelbagai sebab dan interpretasi mengenai mengapa wanita Malaysia mempunyai jati diri yang kukuh dan bangga menjadi wanita. Walaupun menjadi ibu dan berkeluarga merupakan faktor utama bagi kebanyakan wanita, kemajuan karier, kebahagiaan, kerohanian, ikatan cinta yang kukuh bersama suami dan menjaga kesihatan dan kecergasan juga menjadi kayu ukur pencapaian. Wanita Malaysia semakin menerima keunikan mereka, membina diri dan penampilan mengikut acuan sendiri. Orchid berbangga dapat menyokong mereka” kata Cik Sim.

“Saya benar-benar seronok mengambil bahagian dalam peraduan ini kerana ia membuka minda saya kepada pemikiran wanita Malaysia yang lain dan apa yang membanggakan mereka. Ini merupakan satu cara yang baik untuk golongan wanita berhubung antara satu sama lain menerusi platform laman Facebook Orchid – saya boleh berkongsi luahan hati dan idea saya mengenai isu-isu wanita dan belajar daripada wanita lain tanpa perlu bimbang lelaki akan membaca apa yang saya tulis,” kata Cik Ain.

Rangkaian Orchid Feminine Hygiene dengan pH seimbang yang terbukti secara dermatologi membersihkan bahagian intim wanita dengan lembut dan efektif. Orchid juga mengandungi ramuan tradisional yang mempunyai khasiat dan menyucikan seperti Manjakani, Kacip Fatimah dan Daun Sirih dengan Aktif Pencerah Kulit yang membantu mencerahkan dan mengimbangkan tona kulit. Orchid boleh didapati dalam tiga varian iaitu Romantis, Intim dan Anggun. Botol 210ml yang berbentuk anggun dijual pada harga RM4.75 setiap satu dan boleh didapati di seluruh negara.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *