(SEMASA) PENCARIAN ‘BAKAT JoHaRa’ 2.0 KEMBALI DENGAN WANG BESAR!

Spread the love

image002 (1)

Pendengar setia ERA fm sangat bertuah! Kerugian bakal di alami oleh anda sendiri jika anda tidak mencuba nasib untuk bergelar juara Bakat JoHara pada tahun ini. Sekali lagi ERA fm mencari bakat – bakat yang hanya menggunakan suara anda sahaja. Paling  menarik, pendengar berpeluang memenangi sejumlah wang yang sangat lumayan!

Jika tahun lalu, seorang pemenang telah dinobatkan sebagai juara Bakat JoHaRa edisi pertama. Pada tahun ini, ERA fm memberikan RM 50, 000 untuk pendengar yang bakal bergelar juara Bakat JoHaRa!

image003

Penyertaan ini sangat mudah! Pendengar hanya perlu merakam atau menghantar suara anda yang melakukan apa sahaja perkara yang unik. Sekiranya anda ada bakat yang lebih mantap, anda di alu – alukan untuk menyertai Bakat JoHaRa 2.0 sekarang! Pelbagai gaya, bunyi , nyanyian, atau apa sahaja yang melibatkan suara perlu di tonjolkan secara kreatif dan menarik pastinya berpeluang membawa pulang wang tunai yang di tawarkan!

Kepada semua pendengar setia ERA fm, jangan lupa untuk menyimpan nombor telefon khas ini 03 9543 9575.  Ini adalah salah satu langkah bagaimana anda sertai. Seterusnya,pemanggil harus meninggalkan nama dan nombor telefon selepas merakamkan bakat anda selama 20 saat.

Selain itu, peserta juga boleh menyertai program ini dengan memuat naik video melalui Instagram anda dengan menggunakan #BakatJoHaRa2 ataupun menghantar pautan video YouTube/Instagram anda di laman web ERA fm www.era.fm .

Peserta yang bertanding akan disenaraipendekkan untuk ke peringkat akhir pada 27 September 2013 . Kemudian, peserta – peserta tersebut akan  diadili oleh juri khas yang dipilih oleh ERA fm. Anda boleh menonton siaran peringkat akhir terus dari studio ERA di laman web ERA fm

Program pencarian bakat ini tidak secara keseluruhannya tidak langsung menitik beratkan paras rupa, malah pemenang di nilai hanya melalui suara sahaja. Bermula 26 Ogos ini, rebutlah peluang untuk memenangi wang tunai RM50,000 hanya di radio yang mantap , ERA fm!

Dapatkan maklumat lanjut tentang Bakat JoHaRa 2.0  ERA fm di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA, serta frekuensi:

103.3FM Lembah Klang, 103.6FM Pulau Pinang, 103.7FM Ipoh, 98.0FM Kuantan, 103.3FM, Kota Bharu, 102.4FM Kota Kinabalu, 103.6FM Seremban, 90.3FM Melaka,  104.5FM Johor Bahru, 102.8FM Terengganu, 96.1FM Kuching, 90.7FM Langkawi, 102.0FM Tapah, 101.3FM Miri, danSaluran Astro (856)


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *