(SEMASA) Peraduan IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015

Spread the love

Indah-Water-Konsortium-Peraduan-Selfie--354x500

Bila sebut pasal Indah Water Konsortium atau IWK, apa yang bermain di fikiran anda? Anda biasa tak dengan IWK dan pernah ambil kisah tentang operasi IWK? Ada yang mungkin samar-samar tentang kewujudan IWK ini kan?

Kalau di negara maju lain seperti Jepun, Korea Selatan, Australia dan juga Dubai, kos untuk menyelenggara air bersih agak mahal berbanding dengan kita di Malaysia. Tahu tak secara purata, kos pembentungan Indah Water Konsortium di Malaysia hanya RM8 setiap bulan?

Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) adalah sebuah syarikat pembetungan nasional di Malaysia. IWK adalah keseluruhannya syarikat milik kerajaan yang telah diamanahkan dengan tugas untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan yang moden dan efisien untuk semua rakyat Malaysia.

indah water konsortium indah water konsortium 02indah water konsortiumindah water konsortium 04

Pada tahun 1994, Kerajaan Persekutuan telah menganugerahkan syarikat konsesi bagi perkhidmatan pembetungan di seluruh negara yang sebelum itu, adalah di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan. Sejak itu, IWK telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada pihak berkuasa tempatan di semua kawasan kecuali  Kelantan, Sabah, Sarawak dan Majlis Perbandaran Johor Bahru.

Sistem pembetungan yang moden dan efisien adalah penting bagi negara ini bagi memastikan air sisa yang dirawat sebelum dilepaskan ke sungai kita. Ini akan membantu memelihara sumber air di negara ini, melindungi kesihatan awam dan menyediakan persekitaran yang lebih bersih dan selamat.

Pada bulan Jun 2000, sebagai bukti kesungguhan kerajaan dalam memastikan sistem pembetungan yang teratur dan cekap akan berjaya dilaksanakan dan diselenggarakan, Kerajaan, melalui Menteri Kewangan Diperbadankan telah mengambil alih semua ekuiti dalam Indah Water daripada pemilik persendirian terdahulu .

IWK kini kedudukan yang baik untuk memikul tugas penting bagi memastikan rakyat Malaysia hari ini dan pada masa akan datang akan dapat menikmati persekitaran yang bersih dan sihat menerusi sistem pembetungan yang teratur dan diselenggarakan dengan baik.

Dalam usaha pihak IWK bagi mendekatkan diri dengan pengguna dan pelanggan mereka, salah satu usaha yang sedang dijalankan ialah dengan menganjurkan peraduan mudah IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan mengikut syarat-syarat mudah seperti di bawah.

Terma & Syarat IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015
Pertandingan ini khas buat seluruh rakyat Malaysia kecuali kakitangan Indah Water. Dengan bertemakan ‘IWK & I’ peserta dikehendaki ‘selfie’ atau ‘wefie’ di mana-mana bangunan IWK atau bersama kakitangan IWK yang bertugas.

Gambar penyertaan haruslah menggambarkan imej dan mesej yang positif sesuai dengan IWK.

Tempoh Contest
1 Disember sehingga 28 Disember 2015

Week 1 : 1 – 7 Disember 2015
Week 2 : 8 – 14 Disember 2015
Week 3 : 15 – 21 Disember 2015
Week 4 : 22 – 28 Disember 2015

Selfie Indah Water Konsortium

Pemilihan Pemenang IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015
Pemenang mingguan akan dipilih dan seorang pemenang bertuah daripada empat pemenang mingguan akan dinobatkan sebagai pemenang ‘People Choice Award’

Cara Penyertaan
Penyertaan hendaklah dihantar melalui email dan sertakan bersama :
Nama
Nombor Telefon
Alamat
Lokasi gambar
Email dan ‘Caption’ yang bersesuaian dengan gambar yang diambil

Hadiah Peraduan
1) Pemenang Mingguan – Voucher AEON RM300
2) People Choice Award – Nikon Waterproof Compact Camera

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hantar ke iwkcontest@gmail.com.

Maklumat lanjut peraduan boleh anda layari di laman web rasmi Indah Water Konsortium atauFanpage Indah Water Konsortium dan Twitter @iwkcomms

Entry ini menyokong usaha Indah Water Konsortium dalam usaha merawat air negara kita untuk kesejahteraan semua #iwkselfie2015 #iwkcleantheunseen


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *