(SEMASA) Philips Lighting Malaysia kongsikan rancangan tahun 2016 dan masa depan

Philips Lighting Partnership DayPetaling Jaya, Malaysia – Philips Lighting Malaysia, kini dikenali sebagai Philips Lighting Commercial Sdn Bhd memberi gambaran keseluruhan pelan perniagaan kepada rakan niaganya bagi 2016 – tahun yang membentuk sehingga menjadi tahun transformasi ke atas  jenama, pada sambutan hari Partnership Day mereka baru-baru ini. Perhimpunan 45 rakan niaga Philips Lighting itu telah dihoskan oleh Alok Ghose, Ketua Komersial untuk Lampu, Philips Malaysia. Ia membolehkan Philips Malaysia mendekati semua rakan niaga berkaitan pencahayaan, seterusnya berterima kasih kepada mereka kerana memiliki daya tahan dan menyumbang kepada pertumbuhan syarikat bagi tahun 2015.

Pada majlis itu, Alok berkongsi mengenai pelan pengembangan perniagaan Philips Lighting menerusi empat strategi yang telah dirancang dengan teliti: 1) terus berada di barisan hadapan dalam teknologi LED yang mampu dimiliki; 2) menerajui peralihan ke sistem digital menggunakan sistem pencahayaan terhubung terkini untuk pelbagai segmen; 3) mencapai pasaran baru dengan perkhidmatan nilai ditambah serta menyediakan kemudahan khas menerusi pakatan dengan jenama terkemuka; dan 4) mengoptimumkan nilai daripada pasaran vertikal pencahayaan konvensional.

Alok turut menjelaskan mengenai peningkatan trend global dan bagaimana kesannya kepada Philips Lighting Malaysia. “Kami teruja untuk melihat apa yang akan ditawarkan pada tahun ini. Sebagai pasaran yang menggalakkan dengan potensi pertumbuhan yang sihat, usaha kami untuk menjadi pemangkin segmen pencahayaan di Malaysia adalah sejajar dengan trend di seluruh dunia yang menunjukkan ke arah penggunaan lebih pantas terhadap penyelesaian pencahayaan LED. Kami telah mencapai kemajuan besar dalam arena ini, seperti melalui kempen Let’s Go Green & Save the Earth tahun lalu. Inisiatif itu telah membuahkan hasil apabila Philips Lighting Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7% dalam perniagaan B2C kami, dibantu oleh pertumbuhan 30% daripada perniagaan LED pada 2015 walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar. Dalam keadaan kami menerajui zaman peralihan LED,  Philips Malaysia sedang meletakkan dirinya sebagai pusat sehenti pakar penyelesaian pencahayaan yang memperkasakan pengguna untuk membuka pengalaman baru dan nilai mampan,” kata Alok.

Sementara itu, Alok juga mengumumkan pertumbuhan sebanyak 8% yang dicapai oleh Philips Malaysia dalam sector B2B. “Kami mencapai kejayaan melalui beberapa pelancaran utama seperti tiub Master TLED, pemacu Xitanium & CertaDrive LED dan rumusan pencahayaan jalan raya paling popular LED GreenVision Xceed. Portfolio perkhidmatan pencahayaan profesional adalah bahagian penting perolehan kami, dengan sistem terhubung secara digital dan perkhidmatan akhir-ke-akhir seperti kontrak penyelenggaraan pencahayaan lampu jalan yang meningkatkan aliran perolehan secara signifikan. Kami juga sudah menerajui dalam portfolio Connected Lighting, menerusi satu-satunya rumusan seperti sistem CityTouch yang membolehkan sesebuah bandar itu menghubungkan prasarana lampu jalan kepada satu sistem pengurusan dan pemantauan berasaskan awan. Bandar ikonik Melaka baru-baru ini telah menyertai kelab eksklusif terkemuka dunia dengan pemasangan rumusan Smart City yang inovatif,” tambahnya lagi.

Philips Lighting Malaysia bersedia untuk melaksanakan kempen berasaskan Let’s Go Green yang dilancarkan pada Jun 2015, dengan pengenalan lebih banyak rumusan LED yang mampu dimiliki dan benar-benar pintar dan terhubung secara digital pada tahun ini. Harap sabar menunggu.

Malahan, Philips Malaysia juga telah membuka kedai jenama yang pertama di Malaysia, di Publika Shopping Gallery di Kuala Lumpur, bagi menawarkan satu lagi tempat untuk pelanggan belajar bagaimana rangkaian sistem pencahayaan boleh menambahbaik kehidupan pengguna.

Untuk maklumat lanjut, layari:  www.philips.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *