Bahagia itu satu rasa penuh makna yang hadir dalam jiwa manusia. Bahagia itu tersemat di dalam kasih, terselit di dalam rindu, tersimpan di dalam hati. Sungguhpun tidak terlihat pada zahirnya, bahagia itu mampu membuat yang berduka mula tertawa, yang suram mula tersenyum, yang bercinta semakin bertambah cintanya.
Berkongsi perasaan indah antara dua jiwa, SAFI jenama Halal no.1 Malaysia berbangga untuk melancarkan Muzik Video Raniaku, dengan kerjasama penyanyi terkenal Aizat Amdan dan pengarah muzik video En Nan Salleh. Menurut Ketua Eksekutif WIPRO UNZA, En. Sriram Krishnamurthy, “Penghasilan Muzik Video Raniaku merupakan salah satu projek terbesar SAFI sepanjang produk penjagaan wajah itu diperkenalkan. Kami ingin meyebarkan mesej tentang kekuatan wanita yang diserlahkan melalui kecantikan diri serta bagaimana kasih sayang yang berterusan memberikan keberanian yang hebat untuk menempuh cabaran hidup.”
Menjadikan Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish sebagai watak utama di dalam muzik video ini, beliau membawa watak sebagai Rania, seorang isteri yang mengalami penyakit FUCH, sebuah masalah penglihatan yang serius sehingga mengganggu kehidupannya serta tugas sebagai seorang isteri. Bimbang ditinggalkan insan tersayang, Rania nekad menyembunyikan perkara ini daripada sesiapa. Perubahan emosi dan perilaku Rania yang semakin ganjil mula dihidu suaminya, Azman- lakonan Remy Ishak. Setelah didesak untuk berterus terang, Rania menceritakan masalah yang dihadapi walaupun perkara ini pahit di telan Azman. Dengan usaha untuk mengembalikan isterinya, Azman cuba meyakinkan bahawa perasan cinta itu tidakkan pernah pudar, malah beliau mula membantu Rania dalam urusan kerja-kerja rumah, serta menenangkan emosi Rania bagi membuktikan komitmen beliau terhadap perhubungan ini. Usaha Azman mula menyentuh perasaan Rania. Dengan perlahan beliau mengumpul segala kudrat untuk kembali bangkit dan menjalani pembedahan mata. Ceritera romantis yang menyayat hati ini membuktikan bahawa setiap cabaran akan mampu ditempuhi jika kekal bersama. Dengan mencintai seseorang akan memberikan kekuatan, dan dicintai seseorang pula akan memberi satu kekuatan yang hebat.
Penggambaran muzik video yang berlaku di Bali, Indonesia ini dijayakan dibawah arahan Direktor, En Nan Salleh, diiringi oleh lagu Raniaku nyanyian Aizat Amdan bersama produser muzik, En Anas Amdan. Setiap bait-bait lirik yang dijalin bersama menceritakan tentang perjalanan pasangan dalam menempuh dugaan kehidupan. Penyanyi juga penulis lirik Raniaku, Aizat Amdan turut menyelitkan tentang jerih perih yang dihadapi akan mampu diatasi dengan adanya kekuatan cinta dan perasaan sayang yang mendalam.
Menurut Konsultan SAFI Pn Mahsuri Sulaiman, “Aizat Amdan merupakan pilihan SAFI yang tepat untuk berkolaborasi dalam projek Muzik Video Raniaku. Garapan lirik yang baik serta kreativiti Aizat menzahirkan mesej SAFI dalam bentuk gubahan lagu ini menjadikan ia sesuatu yang unik. Setiap baris yang terungkap penuh dengan makna yang tersirat.”
Bersempena pelancaran Muzik Video Raniaku, SAFI turut memperkenalkan produk baharu SAFI Rania Gold diperkaya dengan formulasi DUO EMAS 24K. “Kali ini, SAFI turut melancarkan 3 produk baru dengan formulasi DUO EMAS 24K iaitu
- Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold, 100ml
- Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold, 20ml
- Semburan Booster & Penyegar SAFI Rania Gold
Formulasi DUO EMAS 24K ini merupakan gabungan BIO EMAS 24K dan FLAKE EMAS 24K bersama PROTEIN SUTERA. Formulasi ini bukan sahaja memelihara struktur luaran malah meliputi struktur dalaman kulit wajah ajar keremajaan dapat dipelihara dengan lebih efektif.” Jelas Pn Mahsuri.
Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish turut berkongsi pengalaman beliau menggunakan produk terbaru dari SAFI. “Apabila usia meningkat, daya tahan kulit untuk mengunci lembapan akan berkurangan menjadikan kulit kering, kasar, dan hilang keanjalan. Alhamdulillah, Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold dengan formulasi DUO EMAS 24K menjadikan kulit wajah lembut dan menyediakan kulit Nora untuk menyerap produk seterusnya. Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold pula Nora gunakan untuk meningkatkan keanjalan serta memperlahankan kemunculan garis- garis halus. FLAKE EMAS 24K di dalam rangkaian terbaru ini bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit. Dengan formulasi DUO EMAS 24K Nora tidak lagi risau dengan ancaman kulit rosak. Ketika cuaca panas di set penggambaran atau berjalan-jalan di luar, Semburan Booster & Penyegar SAFI Rania Gold sentiasa Nora bawa bersama. Semburan yang menyegarkan ini memberikan lembapan berganda pada kulit agar wajah segar bermaya sepanjang masa. Malah, ia juga bertindak untuk mengekalkan solekan Nora!”
Produk SAFI Rania Gold ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman instagram SAFI@safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia
Semburan Booster & Penyegar SAFI RANIA GOLD
Kesan berganda dalam meningkatkan lembapan, mengekalkan solekan & menyegar wajah
Cuaca panas mampu menjejaskan penampilan kerana kemerosotan lembapan kulit akan menjadikan solekan cepat pudar malah kulit terasa perit dan kering. Kini, Semburan Booster & Penyegar SAFI RANIA GOLD yang diperhebatkan dengan DUO EMAS 24K, gabungan BIO NANO EMAS 24K dan FLAKE EMAS 24K bersama PROTEIN SUTERA dengan manfaat 2 dalam 1 bertindak sebagai booster yang meningkatkan kelembapan disamping menyegarkan kulit serta mengekalkan solekan agar tahan lama. Formulasi ini bukan sahaja memelihara struktur luaran malah meliputi struktur dalaman kulit wajah agar keremajaan dapat dipelihara dengan lebih efektif.
Kombinasi formulasi MIKRO PEPTIDA mengurangkan kesan garis-garis halus serta kedutan untuk mengembalikan keremajaan kulit agar wajah tampil licin sepanjang masa.
BIO NANO EMAS 24K
Membantu mengukuhkan struktur kulit agar tekstur kulit lebih anjal dan halus, malah mampu mengurangkan kesan kedalaman kedutan dengan lebih ketara.
FLAKE EMAS 24K
Bertindak sebagai antioksidan pada permukaan kulit untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit.
PROTEIN SUTERA
Mengandungi 18 jenis Asid Amino untuk membentuk lapisan perlindungan kulit yang berupaya mengunci lembapan dan melicinkan agar kulit wajah lembut dan halus bak sutera.
MIKRO PEPTIDA
Merangsang keremajaan kulit dengan mengurang kesan kedutan dan menjadikan kulit licin.
5 Kelebihan Semburan Booster & Penyegar SAFI RANIA GOLD:
- Menyegarkan kulit dengan efektif
- Membantu mengurangkan kedutan & garisan halus
- Mengunci lembapan serta merta sehingga 130%
- Melegakan ketidakselesaan kulit sehingga 84%
- Guna bersama Serum untuk meningkatkan kelembapan
Penggunaan:
Gunakan Semburan Booster & Penyegar bersama Serum untuk lembapan berganda. Semburkan di wajah selepas bersolek atau ketika muka terasa kering. Boleh digunakan pada bila-bila masa. Goncang sebelum guna.
Esen Emas Keremajaan SAFI RANIA GOLD
Mengunci lembapan serta-merta dengan kesan berganda
Apabila usia meningkat, daya tahan kulit untuk mengunci lembapan akan berkurangan seterusnya menjadikan kulit kering, kasar dan hilang keanjalan. Kini, Esen Emas Keremajaan SAFI RANIA GOLD yang diperhebatkan dengan DUO EMAS 24K, gabungan BIO NANO EMAS 24K dan FLAKE EMAS 24K bersama PROTEIN SUTERA mampu mempertingkatkan daya tahan untuk mengekalkan struktur kulit bukan hanya dari memelihara struktur luaran malah meliputi struktur dalaman kulit wajah agar keremajaan dapat dipelihara dengan lebih efektif.
Kombinasi formulasi BIO HIALURONIK mengekalkan dan mengunci lembapan sehingga 24 jam, menjadikan wajah licin dan lembut serta menyediakan kulit anda untuk menyerap produk seterusnya.
BIO NANO EMAS 24K
Membantu mengukuhkan struktur kulit agar tekstur kulit lebih anjal dan halus, malah mampu mengurangkan kesan kedalaman kedutan dengan lebih ketara.
FLAKE EMAS 24K
Bertindak sebagai antioksidan pada permukaan kulit untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit.
PROTEIN SUTERA `
Mengandungi 18 jenis Asid Amino untuk membentuk lapisan perlindungan kulit yang berupaya mengunci lembapan dan melicinkan agar kulit wajah lembut dan halus bak sutera.
BIO HIALURONIK
Meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan lembapan pada tahap optimum dan mampu mengekalkan lembapan kulit sehingga 24 jam.
Penggunaan:
Sapukan pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan memusing. Gunakan selepas membersihkan muka/sebelum Serum dan Krim Pelembap SAFI RANIA GOLD.
Serum Konsentrasi Plus SAFI RANIA GOLD
Kesan berganda dalam mengembalikan keremajaan dengan efektif
Penghasilan kolagen mula berkurangan apabila usia meningkat di pertengahan 20an seterusnya menjadikan tona wajah tidak sekata, kulit kusam dan kering serta hilang keanjalan. Kini, Serum Konsentrasi Plus SAFI RANIA GOLD yang diperhebatkan dengan DUO EMAS 24K, gabungan BIO NANO EMAS 24K dan FLAKE EMAS 24K bersama PROTEIN SUTERA menjadikan wajah muda remaja dengan membantu mengukuhkan struktur kulit sambil memperbaiki dan meningkatkan keanjalan wajah. Formulasi ini bukan sahaja memelihara struktur luaran malah meliputi struktur dalaman kulit wajah agar keremajaan dapat dipelihara dengan lebih efektif.
Kombinasi formulasi AMINO PEPTIDA II membantu meningkatkan keanjalan kulit wajah dan memperlahankan kemunculan garis-garis halus serta kedutan di wajah untuk mengembalikan wajah yang licin dan halus.
50X BIO NANO EMAS 24K
Mengandungi 50X lebih BIO NANO EMAS 24K** membuatkannya lebih aktif serta efektif membantu mengukuhkan struktur kulit. Tekstur kulit menjadi lebih anjal dan halus. Kesan kedalaman kedutan mampu dikurangkan dengan lebih ketara.
FLAKE EMAS 24K
Bertindak sebagai antioksidan pada permukaan kulit untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit.
PROTEIN SUTERA
Mengandungi 18 jenis Asid Amino untuk membentuk lapisan perlindungan kulit yang berupaya mengunci lembapan dan melicinkan agar kulit wajah lembut dan halus bak sutera.
AMINO PEPTIDA II
Membantu mengurangkan kesan kedutan agar keremajaan kulit terpelihara sambil memperbaiki dan meningkatkan ketegangan struktur kulit.
HASILNYA*
FASA 1 Kulit lebih cerah dan 2x lembap dengan serta-merta.
FASA 2 Wajah terasa anjal, licin dan lembut dalam 3 minggu.
FASA 3 Wajah cerah berseri, kulit muda dan remaja sentiasa.
*Dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI RANIA GOLD.
** Berbanding Krim Pelembap Siang SAFI RANIA GOLD SPF25PA++
Penggunaan:
Sapukan pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan memusing. Gunakan sebelum Krim Pelembap SAFI RANIA GOLD.