(SEMASA) ROSSA ,JOE FLIZZOW , Marcell Siahaan, Maliq & D’Essentials, Gary Chaw memeriahkan Bella Awards 2013

bell perfom,aceSMALL

BINTANG ANTARABANGSA KEGEMARAN ramai dikatakan bakal mempesonakan rancangan anugerah wanita pertama Malaysia – Bella Awards 2013. DIVA pop Indonesia, Rossa bakal disatukan dengan penyanyi hip hop Malaysia, Joe Flizzow menerusi persembahan duet mereka di Bella Awards pada 2 Mac nanti. Kedua-dua mereka sebelum ini pernah bekerjasama menerusi lagu “One Night Lover” pada tahun 2011.

Peminat Rossa di Malaysia pastinya bakal terhibur menonton persembahan penyanyi seberang itu yang bersuara lunak dan mantap yang bakal disiarkan secara langsung dari Hotel Royale Chulan menerusi rancangan anugerah Bella Awards yang akan bermula seawal 8.30 malam untuk acara karpet merah – Sparkle Carpet – dan Bella Awards pada pukul 9.00 malam – 10.30 malam.

Selain Rossa dan Joe Flizzow, Malaysia juga bakal dihiburkan oleh penyanyi tampan Marcell Siahaan  dan kumpulan Maliq & D’ Essentials yang juga diterbangkan dari Indonesia bagi meraikan wanita di anugerah tersebut.

Marcell akan membuat persembahan ketika segmen “Fashion Rocks” yang menampilkan 12 koleksi pereka terkenal, Datuk Radzuan Radziwill yang direka khas untuk acara Bella Awards.

Bella Awards 2013 juga akan menampilkan bintang sensasi antarabangsa dalam industri hiburan Cina, Gary Chaw yang merupakan penyanyi Malaysia yang menempah nama di Taiwan.

Dilabelkan sebagai “Penyanyi Lelaki Terbaik Asia” oleh media, penyanyi dan penulis lagu ini terkenal dengan penampilannya di pentas dan kebolehan vokalnya yang juga telah memenangi beberepa anugerah seperti “Penyanyi Mandarin Lelaki Terbaik” di 19th Golden Melody Awards dan “Komposer Terbaik” yang dianugerahkan oleh Malaysia Entertainment Association pada tahun 2006.

Selain mereka, turut berkongsi pentas adalah penyanyi Malaysia termasuklah puteri pop Mizz Nina dan Darren Ashley serta kumpulan wanita yang sedang meningkat naik, The Impatient Sisters.

Bagi memastikan susunan lagu di acara itu bakal menghiburkan penonton. Bella Awards juga mendapatkan penerbit, komposer dan penulis lagu terkenal, Aubrey Suwito selaku pengarah muzik.

 

Bella Awards 2013 dianjurkan oleh ntv7 bersempena Hari Wanita Sedunia. Ia juga merupakan rancangan anugerah wanita pertama seumpamanya yang diadakan untuk merai, mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada golongan wanita di negara ini.

Bella Awards akan bersiaran secara langsung pada 2 Mac 2013 bermula jam 9.00 malam manakala acara karpet merah Red “Sparkle” Carpet pula akan disiarkan tepat jam 8.30 malam di ntv7 dan TV9. Rancangan anugerah itu juga boleh ditonton secara “live streaming” di www.ntv7.com.my/bellaawards.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *