(SEMASA) Saluran ntv7 siar rancangan dokumentari Bella Hopes untuk memberi inspirasi kepada penonton 2 Mac ini

Spread the love

image001 (3)

Minggu lalu ntv7 telah mengumumkan siapakah 5 orang wanita pilihan yang bakal berkongsi kisah hidup penuh inspirasi mereka di dalam rancangan Bella Hopes. Kini kami ingin berkongsi lebih lanjut mengenai rancangan dokumentari istimewa ini. Bella Hopes akan bersiaran bermula 2 Mac 2014, setiap hari Ahad, jam 8.30 malam eksklusif di Saluran Ceria Anda, ntv7.

Sempena Hari Wanita Sedunia pada bulan Mac ini, ntv7 bakal menyiarkan rancangan dokumentari Bella Hopes selama 5 episod bermula 2 Mac, setiap hari Ahad jam 8.30 malam. Dokumentari itu bakal berkongsi kisah hidup dan usaha murni lima orang wanita pilihan masyarakat yang terpilih yang diumumkan ntv7 sekitar minggu lalu.

Lima wanita tersebut adalah Puspa Rani, Pengasas Malaysia Independent Animal Rescue (MIAR), New Su Shern, dari Projek Liber8 iaitu seorang aktivis berkaitan isu anti pemerdagangan manusia, Munirah Hamid, Pengasas PERTIWI Soup Kitchen, Diana Rose, Pengasas ‘Lamin Dana’ yang mempertahankan seni kebudayaan dan Choo Poh Leem, seorang ahli biologi marin yang cuba memulihara alam sekitar.

Idea rancangan dokumentari itu adalah untuk memberikan inspirasi kepada wanita serta para penonton untuk yakin bahawa mereka juga mampu melakukan perubahan walau sekecil mana pun usaha mereka. Siri rancangan yang bersiaran selama 30 minit bagi setiap episod itu pasti dapat menyentuh perasaan penonton kerana kesemua wanita pilihan itu terdiri daripada pelbagai golongan usia dan bangsa dengan misi murni yang pelbagai.

“ntv7 dengan penuh rasa tanggungjawab sosial yakin bahawa rancangan dokumentari seperti ini mampu menyuntik lebih banyak inspirasi kepada para penonton kami dengan menjadikan lima ikon wanita berkaliber ini sebagai contoh tauladan,” kata Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul.

Keistimewaan dokumentari ini ialah kelima-lima ikon wanita yang bakal dipaparkan ini merupakan hasil cadangan orang ramai yang percaya bahawa wanita ini mempunyai seribu satu kisah untuk dikongsikan dan mampu memberikan inspirasi kepada ramai lagi masyarakat.

“ntv7 sentiasa cuba memberikan kelainan dalam setiap rancangan yang kami hasilkan dan berharap para penonton bakal lebih menghargai misi dan nilai tujuan setiap wanita yang bakal dipaparkan nanti,” tambah Airin.

Menurut Penerbit Eksekutifnya, Hisham Abdullah, Bella Hopes merupakan rancangan profil dokumentari mengenai lima orang wanita yang dikagumi dengan membawa para penonton untuk menjengah ke dalam kehidupan mereka dan berkongsi tentang cabaran setiap misi murni wanita-wanita ini. Bella Hopes unik kerana cara penceritaannya dekat dengan perasaan kemanusiaan dan terselit pelbagai emosi dan mesej positif untuk difikirkan bersama. Kelima-lima wanita ini memiliki kisah mereka yang tersendiri dan pasti ada di antara penonton yang mampu merasakan hubungan emosi dengan wanita-wanita ini.

“Wanita Bella Hopes memiliki kualiti luar biasa yang sedaya upaya untuk melakukan kebaikan untuk orang lain. Wanita ini membuat kita peduli mengenai misi mereka sama ada berjaya atau tidak. Rancangan dokumentari ini bakal menyentuh isu seperti penderaan haiwan, pemerdagangan manusia, masyarakat gelandangan, pemeliharaan warisan dan pemuliharaan kehidupan marin,” tambah Hisham.

Rancangan Bella Hopes akan mula membakar inspirasi kepada anda bermula 2 Mac 2014, setiap hari Ahad jam 8.30 malam hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7 (Saluran 107). Bagi mereka yang terlepas menonton rancangan ini ketika disiarkan boleh menontonnya semula di www.tonton.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *