(SEMASA) SAMBUTAN HARI RAYA EKSKLUSIF GUARDIAN UNTUK 100 ANAK-ANAK YATIM

Spread the love

GuardianMY Mktg Dir Christina Low presenting vouchers

Bagi meraikan Syawal, peruncit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka Guardian Malaysia mengadakan sambutan eksklusif Aidilfitri untuk 100 kanak -kanak dari 3 buah rumah kebajikan di sekitar Lembah Kelang. Petang yang penuh kegembiraan, keraian dan makanan menyaksikan kanak-kanak tersenyum kegembiraan, manakala pelbagai aktiviti di dalam program hari ini membawa mereka mengimbau semula tradisi lama perayaan Hari Raya Aidilfitri.GuardianMY-The children smitten by Aiman Hakim

Kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Nasuha, dan Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah menikmati pelbagai jenis makanan seperti sayur lodeh, rending, serunding, lemang, ketupat dan pencuci mulut tradisional seperti dodol dan wajik.

Petang itu diteruskan lagi dengan pelbagai hiburan dan telatah dari selebriti-selebriti termasuklah penyanyi dan pelakon Sean Ghazi, pengacara Nazrudin Rahman, pelakon dan penyanyi Aiman Hakim Ridza, bekas penyampai radio JD dan Dilly, serta bekas pengacara TV rancangan 3R – penulis skrip terkemuka Rafidah Abdullah dan Pengarang iM4u FM Kartini Kamalul Ariffin.

Pengarah Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Christina Low berkata, “Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, bila tibanya musim perayaan, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah balik kampung! Saya belajar daripada rakan-rakan Muslim serta rakan-rakan sekerja, perjalanan pulang ke kampung adalah sangat istimewa dari segala segi.

Selain meluangkan masa dengan ibu bapa, kita juga dapat melihat banyak amalan-amalan tradisi yang setiap satunya sangat istimewa bagi setiap kampung. Apabila terlalu kerap meraikan musim perayaan di bandar, adalah sangat mudah untuk kita melupakan tradisi-tradisi ini,”

“Menyedari itu, kami di Guardian Malaysia memberi komitmen tahun ini untuk membantu memastikan tradisi ini berkekalan dengan pelbagai aktiviti hari ini. Dari amalan tradisi Hari Raya seperti menganyam ketupat, kami berharap sambutan ini akan membuatkan musim perayaan buat kanak-kanak ini bertambah ceria dan seronok,” tambah Christina.

GuardianMY-Rafidah sharing ketupat weaving w the kids

Guardian Malaysia juga turut menyerahkan setiap rumah dengan baucar dari Guardian bernilai RM10,000, yang membolehkan mereka menebus barang-barang keperluan seperti alat penjagaan diri, produk kelengkapan diri dan kebersihan, barangan farmaseutikal serta perubatan untuk kanak-kanak.

Sebagai sebahagian aktiviti dari program ini, kanak-kanak turut disajikan dengan mempelajari seni tradisional menganyam ketupat. Mereka juga turut menerima karikatur mereka yang dilukis oleh artis, mengambil wefie di dinding foto, serta menebus tiket wayang percuma yang ditaja oleh MCT Berhad.

Di ruang legar dewan besar di mana majlis ini diadakan, tetamu juga turut dijemput menulis ucapan Raya buat kanak-kanak tersebut. Banyak mesej-mesej motivasi ditulis bertujuan memberi inspirasi buat mereka. Aidilfitri Bersama Guardian adalah sebahagian dari Tanggungjawab Sosial Korporat dalam usaha berpanjangan Guardian Malaysia memberi semula kepada komuniti di mana perniagaan ini di jalankan.

Untuk lebih informasi, layari www.guardian.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *