(SEMASA) Sambutan Ulang Tahun ke-4 Kelab Peminat Zizan Razak (ZTF) dengan pelancaran Projek #SepasangKasutSekolah

Spread the love

edf

19 November 2016, SHAH ALAM – Tahun 2016 merupakan tahun bermakna untuk kelab peminat rasmi aktor dan pelawak terkenal Malaysia; Zizan Razak. Ini kerana disamping meraikan ulang tahun Zizan True Fans (ZTF) yang ke-4 , dengan tajaan utama Eagle-i CVR dan MAXXOIL, ia juga merupakan pelancaran projek komuniti yang diberi nama #SepasangKasutSekolah.

sdr

Sejak dari awal penubuhan kelab ini objektik utama kelab ini bukan sahaja untuk menjadi platform utama diantara

peminat dan Zizan, tetapi juga menyumbang sesuatu kepada komuniti diluar sana.
Zizan Razak berkata:
“Saya bersyukur kerana ZTF bukan sahaja teguh berdiri bersama saya selama ini, tetapi kami bersama-sama dapat mengadakan projek untuk membantu masyarakat. Saya berharap kami dapat meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan”.
Projek #SepasangKasutSekolah adalah dibawah kelolaan We Love Charity bekerjasama dengan ZTF. Untuk majlis pelancaran ini,11street telah menyumbangkan 160 pasang kasut. Pihak Burgerbyte, Amal till Jannah, dan Mayhem Motorsports juga telah sudi membantu. SSS d’PR pula selaku syarikat yang mengendalikan urusan perhubungan media untuk acara ini.

edf

Projek ini akan berlangsung sepanjang tahun 2017 dengan gerakan ke seluruh pelusuk Malaysia untuk mencari seberapa banyak sekolah yang boleh dibantu dari segi pemberian kasut sekolah kepada pelajar yang memerlukan.

Presiden ZTF, Puan Nida Razali dalam kenyataan beliau:
“Alhamdulillah saya sangat berbesar hati kerana hasrat ZTF untuk menjalankan aktiviti kebajikan kini menjadi kenyataan, selain dari berdiri sebagai Kelab Peminat untuk Zizan Razak. Saya berterima kasih kepada Zizan kerana menyokong usaha kami untuk membantu masyarakat. Terima kasih juga kepada pihak We Love Charity selaku penganjur bersama projek Sepasang Kasut Sekolah serta semua penaja dan para dermawan”.

edf

Harapan utama dalam menganjurkan projek ini adalah untuk memberi inspirasi kepada orang di luar sana untuk tidak berhenti membantu orang disekeliling.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *