(SEMASA) Selawat Perdana “Malam Cinta Allah & Rasul”

Spread the love

GRP_1159

Sambutan Malam Cinta Allah dan Rasul kini akan dilakukan di Putrajaya pada hari Jumaat 21 Mac di Dataran Masjid Putra, Presint 1. Pada Majlis Selawat Perdana yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan itu akan menampilkan ikon agama dan pendakwah terkenal seperti Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf serta Habib Ali Zaenal Abidin dari Indonesia.

GRP_1217

Sejak dilancarkan 21hb Feb lalu sambutan program ini agak luarbiasa bila page Facebooknya menerima LIKES melebihi 100 ribu dan terus meningkat dan dijangka akan lebih meningkat bila menghampiri tanggal 21hb Mac.

Golongan selebriti turut membantu mempromosi Selawat Perdana “Malam Cinta Allah & Rasul” di laman peribadi mereka antaranya Facebook, Instagram dan Twitter. Erra Fazira, Fizz Fairuz, Adira AF dan Shila Amzah antara rakan artis yang membantu menghebahkan mengenai program ini.

Malam Cinta Allah dan Rasul ini akan diserikan dengan pelbagai program seperti solat jemaah maghrib dan isyak, zikir terapi, bacaan al-Quran daripada finalis rancangan Imam Muda, tazkirah peserta Pencetus Ummah serta majlis ilmu bersama pendakwah terkenal.

Malam Cinta Allah dan Rasul merupakan program pertama anjuran Sekretariat Selawat Perdana itu juga akan ditayangkan secara langsung di tiga saluran televisyen tempatan iaitu TV1, Astro Oasis dan TV Alhijrah.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *