(SEMASA) the Curve Sambut Tahun Baru Cina Dengan  Penuh Kemegahan

PETALING JAYA, 3 Januari 2017 – Kehadiran Tahun Ayam Emas yang sememangnya penuh dengan kemegahan dan kemasyhuran dialu-alukan dengan gilang-gemilang di the Curve. Sebagai tuan rumah sambutan bertemakan The Empress’s Celebration: Return of the Empress, pusat beli-belah gaya hidup pejalan kaki pertama di Malaysia ini bersedia untuk meraikan permulaan yang bermakna bagi tahun lunar baharu bersama para pelanggan dan pengunjung setianya.

Dari 7 hingga 30 Januari 2017, para pengunjung pusat beli-belah ini berpeluang untuk melangkah ke era Maharaja Cina apabila the Curve mentransformasi bahagian Centre Court kepada sebuah singgahsana penuh indah dengan permaidani merah mewah terbentang menuju ke dewan istiadat berkenaan.

 

Keagungan dan keindahan istana besar pada zaman silam di China dapat dirasai dengan kehadiran dua buah arca gagah yang terletak di pintu masuk dewan tersebut sebagai pelindung setia. Ruang legar pusat beli belah ini bertambah gah dengan kehadiran tabir sutera mewah berserta tiang-tiang setinggi 14 kaki, penuh dengan ukiran yang bertemakan ciri ketimuran dan naga. Sebuah takhta yang dihias indah di atas singgahsana berserta hiasan-hiasan ini semestinya memberikan suasana keagungan yang pasti akan mempersonakan pengunjung.

 

Turut disediakan, persembahan Muzikal Tarian Balairung Seri Maharani yang meraikan kehadiran Festival Musim Bunga menerusi persembahan muzikal secara langsung. Kegembiraan dan keterujaan dirasai apabila Permaisuri Huang dan pengiring-pengiringnya memberi penghormatan kepada kemakmuran dan permulaan tahun baharu yang sejahtera.

 

Alunan alat-alat muzikal tradisional Cina turut mengiringi tarian lengan panjang, salah satu tarian tradisional yang popular di istana China sejak berabad lamanya. Mengenakan kostum indah  berwarna merah terang dan emas berkilauan dengan bahagian lengan bersulam sepanjang empat meter, para penari pasti menarik perhatian penonton menerusi gerak tari penuh gemalai di atas pentas yang disediakan.

 

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar the Curve berkata: “Untuk meraikan permulaan musim perayaan ini, kami ingin mewujudkan suasana kemewahan dan daya tarikan yang dimiliki pada zaman silam di China. Kini para pengunjung berpeluang untuk merasai pengalaman tersebut apabila mengunjungi the Curve! Ia pastinya menjadi waktu yang mengujakan dan kami yakin Tahun Baru Cina kali ini akan menjadi satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan untuk semua pengunjung.

 

Terdapat pelbagai acara menarik yang disediakan di the Curve sempena Tahun Baru Cina kali ini! Jangan lepaskan peluang menonton persembahan Tarian Singa Akrobatik atau Dram Sambutan Diraja yang mengujakan. Dengari alunan harmoni Simfoni Diraja yang memaparkan alat muzik tradisional Cina seperti guzheng, erhu dan pipa. Para pengunjung juga berpeluang mendekati Dewa Kekayaan apabila beliau bersiar-siar mengelilingi the Curve!

 

Selain itu, para pengunjung juga dapat membuat persediaan rapi sambutan tahun baru dengan pelbagai tawaran menarik yang disediakan oleh para peniaga di seluruh pusat beli-belah berkenaan, daripada pakaian ke aksesori mahupun biskut, hamper dan pelbagai lagi.

 

Bawa pulang sebahagian daripada harta Istana Diraja! Sepanjang kempen berlangsung, para pelanggan yang membelanjakan RM138 ke atas dalam maksimum dua resit dari mana-mana pusat jualan di the Curve layak menebus Paket Merah Maharani. Lebih menarik, sebuah Set Jamuan Diraja yang elegan dapat ditebus dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM388 dan ia terdapat dalam empat pilihan warna yang mempersonakan. Semua penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

 

Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen Tahun Baru Cina the Curve? Sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan the Curve di talian 03-7710 6868 atau layari laman web the Curve di www.thecurve.com.my atau laman Facebook www.facebook.com/theCurveShoppingMall.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *