(SEMASA) TIADA PENYINGKIRAN DILAKUKAN  – Peserta Da’i Gelisah Menanti Keputusan Pada Episod Seterusnya

Spread the love

307583_10151174846126167_1831875341_n

Petaling Jaya, 9 Ogos 2016 – Gelisah dan tidak sabar… Itulah perasaan 11 peserta Da’i apabila tiada penyingkiran yang berlaku selepas persembahan kedua di pentas Da’i Pendakwah Nusantara. Siapakah peserta pertama yang akan disingkirkan pada awal rancangan di episod keempat nanti? Adakah Da’i Niezal, Da’i Irfan dan Da’i Nasrul yang tersenarai sebagai 3 peserta tercorot bagi episod kedua bakal menamatkan perjalanan mereka?

Da’i Pendakwah Nusantara musim keempat bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam. Episod ketiga ini telah menyaksikan Da’i Saiful, Da’i Niezal, Da’i Azrin, Da’i Nasrul, Da’i Syed, Da’i Aini, Da’i Aishah, Da’i Ahmed, Da’i Irfan, Da’i Daeng dan Da’i Hazman menyampaikan tazkirah mereka bertemakan isu kekeluargaan iaitu “Baitulrahmah”.

Pembuka tirai untuk episod kali ini adalah tazkirah yang disampaikan oleh Da’i Syed dengan tajuknya Iman Pengikat Keluarga dan Da’i Aisyah, Kata Itu Doa. Manakala 2 peserta yang mendapat markah penuh iaitu 10 markah daripada panel juri awam ialah Da’i Saiful dengan topiknya Di Mana Sumber Rezeki dan Da’i Irfan dengan topiknya Keringnya Kasih Sayang.

Kesemua 11 peserta berjaya memberikan persembahan tazkirah dengan baik di episod ketiga sekaligus menampakkan prestasi peserta semakin meningkat dan mula menunjukkan diri mereka yang sebenar berbanding minggu yang lepas.

Walaupun tersenarai sebagai 3 peserta yang tercorot di episod kedua, keputusan tersebut tidak bererti hanya Da’i Niezal, Da’i Irfran dan Da’i Nasrul yang akan berhadapan dengan penyingkiran pada episod seterusnya. Keputusan penuh kesemua peserta Da’i yang berdasarkan jumlah markah yang dikumpul pada episod kedua dan ketiga hanya akan diumumkan pada episod keempat. Siapakah yang bakal tersingkir nanti?

Berikut ialah senarai topik yang dipersembahan oleh para peserta Da’i pada 7 Ogos 2016:

Nama peserta Topik
Da’i Syed (Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail)

Arau, Perlis

21 Tahun

Diploma Dirasat Islamiyyah, Kolej Maahad Buuth Al Islamiyah Kaherah, Mesir

Iman Pengikat Keluarga

Asas utama dalam membina keluarga bahagia adalah keimanan dan ketakwaan kepada Allah untuk melahirkan sebuah institusi kekeluargaan yang bahagia.

Da’i Aishah (Siti Nor Aishah binti Che Hassan)

Bachok, kelantan

21 Tahun

Asasi Undang-undang, Universiti Teknologi Mara, Merbok, Kedah

Kata Itu Doa

Setiap perkataan yang diucapkan adalah suatu doa. Jika baik yang dikeluarkan, alhamdulillah namun jika buruk perkataan maka buruk jualah tindakan yang terhasil.

Da’i Azrin (Azrin bin Md Isa)

Bagan Serai , Perak

20 Tahun

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah kebangsaan Agama

Gajet Oh Gajet

Apabila terlalu asyik dengan gajet, pasti komunikasi dalam keluarga akan menjadi hambar. Teknologi sepatutnya mendekatkan yang jauh bukan menjauhkan yang dekat. Fikirkanlah.

Da’i Nasrul (Muhammad Nasrul Nizam bin Zamry)

Pasir Mas, Kelantan

20 Tahun

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan (agama) Falahiah

Aurat Dengan Siapa

Kadang-kadang apabila kita begitu rapat dengan sepupu, ipar biras dan sebagainya menyebabkan kita tidak menjaga batasan aurat dengan sempurna.

Da’i Saiful (Mohamad Saiful bin Marzuki)

Permatang Pauh, Pulau Pinang

18 Tahun

Sijil Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah kebangsaan Agama Al Irshad, Pulau Pinang

Di Mana Sumber Rezeki

Ibu bapa yang bekerja wajib mencari pekerjaan yang halal dan bekerjalah dengan ikhlas kerana itu akan menjadi sumber rezeki kepada ahli keluarga.

Nama peserta Topik
Da’i Daeng (Muhammad Amiruddin bin Junaidi)

Simpang Renggam, Johor

26 Tahun

Diploma Psikologi, Kolej Jaiputra , Kota bharu, Kelantan

Sama Tak Serupa

Anak-anak ada kelebihan dan kekurangan,

layanlah mereka sama rata, puji mereka pada

keadaan dan tempatnya, dan kasih semuanya

secara adil dan saksama.

Da’i Aini (Wan Nuraini binti Wan Rosdi)

Johor

21 Tahun

Ijazah Sarjana Muda Fiqh & Fatwa (kepujian), Universiti Sains Islam Malaysia

Adab berkeluarga

Pergaulan yang baik antara suami, isteri dan anak-anak adalah penting kerana mereka akan merasa dihargai serta dapat memupuk kasih sayang.

Da’i Irfan (Mohd Nourul Irfan bin Niamat)

Kedah

25 Tahun

Sijil Tinggi Agama Malaysia di Madrasah taklimiah Khaiririah

Keringnya Kasih Sayang

Sebuah keluarga yang bahagia bukan diukur dari segi kewangan semata-mata tetapi lebih kepada limpahan kasih sayang yang berterusan.

Da’i Ahmed (Ahmed Ibrahim bin Ahmad)

Sungai Besar, Selangor

23 Tahun

Diploma & hadith di kolej Darul Quran JAKIM

Sulitnya Memaafkan

Perkataan maaf tampak senang namun sukar untuk dilafazkan. Banyak perpecahan dalam kalangan ahli keluarga berlaku kerana ego, sukar melafazkan maaf dan lebih sukar untuk memaafkan.

Da’i Niezal (Mohd Sufwan Niezal bin Sabri)

Terengganu

19 Tahun

Diploma Dakwah & Pengurusan di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Pahang

Mula Daripada Alif

Setiap ibu bapa berharap, berdoa supaya anak-anak mereka menjadi anak yang soleh. Pendidikan anak merupakan tanggungjawab ibu bapa atau sekolah, para guru dan pengasuh?

Da’i Hazman (Mohd Hazman Yani bin Ahmad)

Alor Setar, Kedah

29 Tahun

Ijazah Sarjana Undang – undang Universiti Kebangsaan Malaysia

                    Harta & Keluarga

Kebiasaannya isu harta akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dalam sesebuah keluarga. Ingat, wang dan harta bukanlah kunci kebahagiaan hakiki.

Selain itu, penonton juga boleh melayari www.tv3.com.my/dai untuk mengundi Da’i pilihan dan berpeluang memenangi hadiah menarik dengan menyertai kuiz mingguan. Episod ketiga telah menyaksikan Da’i Saiful sekali lagi mendahului rakan-rakannya sementara Da’i Syed, Da’i Azrin, Da’i Aini, Da’i Nasrul turut tersenarai antara lima peserta yang menerima undian paling tinggi daripada para penonton.

Pada episod ketiga yang lepas, panel juri awam terdiri daripada Datin Maziah, pengasas Almas Beauty & Health, Da’i Annas, Fareez Mentor, Akhmal Nazri, Ikhwan (Kool FM), Da’i Hilman, Da’i Syailah, Da’i Hidayu, Lisdawati dan Maryam (Nona Manis).

Da’i Pendakwah Nusantara dicergaskan oleh Almas Beauty & Health… Penghulu Segala Produk selaku penaja utama. Da’i Pendakwah Nusantara dimeriahkan lagi dengan rakan-rakan ukhwah iaitu stesen radio Kool FM dan portal video tonton.

Fokus kepada golongan muda yang berkebolehan untuk berdakwah secara berhikmah, Da’i Pendakwah Nusantara yang mempunyai 12 episod menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 dan sebuah trofi sekaligus merangkul gelaran juara musim keempat ini.

Musim baharu ini mengekalkan Datuk Rosyam Nor sebagai hos, Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail sebagai hos bersama dan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid (ketua mentor) yang akan memantau secara keseluruhan prestasi para peserta sambil dibantu oleh dua orang Murabbi (mentor) iaitu Ustaz Zul Ramli Mohamad Razali dan Dr. Robiah K. Hamzah. Seperti musim yang lalu, kesemua peserta ini dikuarantin untuk mendapat tunjuk ajar dari mentor (kelas) dan aktiviti lain.

Sidang produksi Da’i Pendakwah Nusantara diketuai oleh Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail selaku penerbit eksekutif dan Shukri Ibrahim sebagai penerbit. Saksikan perjalanan 11 pendakwah muda membuktikan kemampuan untuk bergelar pendakwah nusantara di TV3 bermula 24 Julai 2016, setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 10.30 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 10 pagi). Jurnal Da’i yang memaparkan aktiviti kelas bersama Murabbi (mentor) dan Mursyid, persediaan peserta serta emosi dan personaliti peserta disiarkan bermula 30 Julai 2016 pada setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul  7.58 malam.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari www.tv3.com.my/dai serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Gunakan hashtag #DaiTV3 untuk hangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman sosial. Penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui tonton di www.tonton.com.my.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *