(SEMASA) Ulang Tahun Pertama LAZADA.com.my Malaysia

Spread the love

IMG_9966

KUALA LUMPUR : 18 APRIL 2013 –  LAZADA  merupakan laman portal membeli belah terbesar di Asia Tenggara telah menyambut ulang tahun pertama mereka di Malaysia bertempat di BLACK BOX, Publika, KL. Rakan-rakan media dan rakan-rakan perniagaan LAZADA dijemput untuk memeriahkan majlis gilang gemilang ini sebagai tanda penghargaan disamping memperjelaskan lagi program-program terbaru LAZADA.com.my untuk pasaran Malaysia.  

IMG_9963

Pada majlis ulangtahun pertama ini, pihak pengurusan LAZADA Malaysia melancarkan beberapa inisiatif baru antaranya LAZADA Smartphone Application dan inisiatif-inisiatif e-perdagangan baru yang lain.  Portal yang dikendalikan oleh syarikat, Rocket Internet ini juga mendapat sokongan padu dari MasterCard Worldwide dan DIGI. Turut hadir untuk memeperkenalkan dan menjelaskan tentang program terbaru LAZADA ini adalah Maximilian Bittner (CEO LAZADA SEA), Igor Pezzilli ( CEO Lazada Malaysia-Rocket Internet) dan presiden PIKOM iaitu En. Shaifubahrim Saleh disamping orang kuat LAZADA lain antaranya Hans Peter Ressel serta Tanner Hackett.

lazadasmall

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *