(SEMASA) ZÉLL-V Wellness – Pusat Rejuvenasi dan Revitalisi yang tunggal di Asia

Group Photo

ZÉLL-V Wellness, Pusat Rejuvenasi dan Revitalisi yang tunggal di Asia, telah dibuka secara rasmi dan menjadi tanda mercu yang terbaru di Kuala Lumpur.  

IMG_1990_Opening Ceremony

ZÉLL-V Wellness yang terletak di Taman Seputeh di antara Mid Valley dan KL Sentral, merupakan satu lagi pencapaian bagi Ruyi Holdings, syarikat terkemuka di dalam sektor penjagaan kesihatan, selaras denganmisinyauntuk membantu pelanggan-pelanggannyamencapai kesihatan dan kesejahteraan yang unggul dari segi fizikaldan mental.

Dengan slogan “Mencipta Kesihatan Yang Lebih Unggul”, ZÉLL-V Wellness bertujuan untuk mewujudkan budaya kesihatan di masyarakat .

ZELL-V Wellness_1

Pengasas dan pengarah urusan Ruyi Holdings Dato ‘Sharon Foong yang berucap pada majlis tersebut berkata: “ZÉLL-V telah menceburi bidang penjagaan kesihatan sebanyak 15 tahun dan berhasrat setiap orang dapat menjalani kehidupan yang sihat dan bahagia. Kami berusaha untuk mencapai matlamat ini melalui penggunaan terapi sel yang berteknologi tinggi bagi membantu anda menentang penuaan dan mendapat semula badan yang cergas dan muda, maka meningkatkan keyakinan diri dan kualiti hidup anda. Janji kami adalah untuk mencipta keajaiban ‘Sentiasa 25’ – kesihatan, kecergasan dan kecantikan yang unggul, supaya anda boleh menikmati kehidupan yang bermakna dan berkualiti.”

Majlis perasmian tersebut telah dihadiri oleh lebih daripada 300 para hadirin, termasuk tetamu khas Ruyi Holdings – Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) Dato’ CL Liaw, duta ZÉLL-V Dato’ Elaine Kang dan Datuk Rosyam Nor, serta rakan-rakan kongsi, doktor dan pelanggan-pelanggan ZÉLL-V dari pelbagai negara. Pelbagai acara diadakan malam tersebut, termasuk tarian singa, persembahan lagu, persembahan seni pasir dan majlis makan malam yang besar-besaran.

ZELL-V Wellness_3

Bangunan ZÉLL-V Wellness mempunyai 15 tingkat. Perkhidmatan-perkhidmatan komprehensif yang disediakan di ZÉLL-V Wellness termasuk program kesihatan, pemeriksaan darah dan pemeriksaan kesihatan, terapi sel dan rawatan payudara. Kemudahan-kemudan yang disediakan termasuk gimnasium, spa, klinik estetik, salon kuku, restoran masakan sihat dan bar atas bumbung. Reka bentuk bangunan ZÉLL-V Wellness amat mewah, elegan dan mempunyai unsur-unsur alam semula jadi demi mewujudkan persekitaran yang tenang dan kondusif sebaik sahaja pelanggan melangkah ke dalam premisnya.

ZELL-V Wellness_2

Selain itu, ZÉLL-V Wellness akan berfungsi sebagai ibu pejabat baru Ruyi Holdings. Ia telah dilengkapi dengan bilik-bilik mesyuarat dan dewan pameran produk yang moden serta bergaya supaya para pelawat dapat melihat dan mengetahui mengenai produk-produk ZÉLL-V dengan lebih mendalam lagi.

Kami percaya bahawa penubuhan ZÉLL-V Wellness akan meningkatkan industri penjagaan kesihatan di negara kita dan menggalakkan orang ramai untuk menghargai kesihatan mereka serta mengambil langkah untuk mencapai kesihatan, kecergasan dan kecantikan yang lebih baik serta kehidupan yang berkualiti.

Untuk maklumat lanjut mengenai ZÉLL-V dan Ruyi Holdings Sdn Bhd, sila layari www.zell-v.com.my, atau hubungi 03-2273 6699.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *