(SUKAN) Activ Jam Senam Aerobik KPM-MILO® nobat  juara kebangsaan tahun kedua

Spread the love

Kuala Lumpur, 22 September 2019: MILO® Aktif Negaraku dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membawa kembali Pertandingan Activ Jam Senam Aerobik Kebangsaan untuk tahun kedua dengan tujuan memberikan pengiktirafan kepada pasukan senam aerobik terbaik di negara ini. Pertandingan tersebut terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dalam dua kategori. Kategori Sekolah melibatkan 10 pasukan yang dipilih menerusi pencarian bakat di seluruh negara, manakala 16 pasukan yang mewakili Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing bersaing di bawah Kategori Muhibbah pada peringkat akhir yang berlangsung selama dua hari.

Dalam Kategori Sekolah, SK Putrajaya Presint 8 (2), Putrajaya telah dinobatkan sebagai juara, diikuti  SK Kg Contoh, Sabah yang menduduki tempat kedua dan SK Jasin, Melaka di tempat ketiga. Dalam Kategori Muhibbah pula, JPN Melaka berjaya merangkul gelaran juara, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh JPN Labuan dan JPN Terengganu. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga membawa pulang hadiah dalam bentuk peralatan sukan yang masing-masing bernilai RM5,000, RM4,000 dan RM3,000.

Pertandingan ini adalah sebahagian daripada gerakan senam aerobik yang dilancarkan oleh MILO® menerusi kerjasama strategik dengan KPM di bawah inisiatif 1Murid 1Sukan. Activ Jam Senam Aerobik membabitkan dua juta pelajar dalam setahun, atau 16,000 pelajar sehari, di seluruh negara bagi menekankan kepentingan gaya hidup aktif, di samping memupuk semangat cinta akan sukan bermula pada usia yang muda. Ia juga hasil positif Bengkel 1Murid 1Sukan, iaitu satu program latihan untuk melengkapkan guru-guru dengan kemahiran dan pengetahuan sukan, sekaligus membantu mengangkat status senam aerobik sebagai sukan kompetitif bagi menggalakkan murid-murid kekal aktif. Lebih daripada 5,120 guru telah dilatih menerusi program ini sejak ia dimulakan pada tahun 2015.

“Senam aerobik melambangkan semangat kesukanan yang sejati, kerana ia boleh dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira umur, kemampuan bersukan atau akses kepada sumber. Ia bukan sahaja satu cara mudah untuk kekal aktif, malah apabila diamalkan secara berkumpulan, ia dapat memupuk perpaduan, semangat berpasukan, disiplin, kreativiti, dan semangat kesukanan, iaitu nilai-nilai murni yang dapat diterapkan berdasarkan pegangan kami bahawa sukan adalah guru yang terbaik,” kata Kumaran Nowuram, Pengarah Eksekutif Unit Perniagaan MILO® dan Susu, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Mengiktiraf kepentingan sokongan KPM terhadap program-program sukan MILO®, beliau menambah, “Kerjasama dengan KPM selama lebih 40 tahun yang lalu telah membolehkan kami menyediakan lebih banyak platform bagi mendekati pelajar menerusi sukan, di samping menyediakan sumber bagi memupuk bakat atlet pelajar serta melahirkan juara sukan. Kami berharap kerjasama ini akan dapat terus diperkukuhkan sejajar dengan matlamat kami untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih aktif dan sihat, serta menginspirasikan mereka untuk maju bersama sukan.”

Menurut Zainal bin Abas, Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM, “Kerjasama awam-swasta dalam menerajui pembangunan sukan peringkat akar umbi, seperti yang ditunjukkan oleh MILO®, adalah sangat penting terhadap usaha kami untuk membudayakan kecemerlangan sukan di sekolah. Ia membolehkan kami mengambil pendekatan baharu untuk meningkatkan akses kepada sukan untuk manfaat semua, serta memperkenalkan program seperti gerakan Activ Jam Senam Aerobik sebagai satu saluran kreatif untuk murid-murid berjaya dalam sukan. Kami berhasrat untuk melipatgandakan usaha menggalakkan gaya hidup aktif dan penyertaan murid-murid dalam sekurang-kurangnya satu bidang sukan, seperti yang digariskan di bawah dasar 1Murid 1Sukan.”

KPM, baru-baru ini, telah berganding bahu dengan rakan-rakan kerjasama program sukan MILO® yang lain bagi menyatukan lebih ramai rakyat Malaysia di bawah gerakan MILO® Aktif Negaraku. Menghimpunkan semua program sukan MILO® termasuk MILO® Hidup Bola,

MILO® Champions Clinic dan MILO® Activ Jam Senam Aerobik di bawah satu platform, MILO® Aktif Negaraku merupakan seruan kepada rakyat supaya mengamalkan gaya hidup aktif.

Untuk bergerak aktif bersama MILO® Aktif Negaraku, layari www.milo.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *