(SUKAN) Memperkenalkan MOROTAI, jenama pakaian sukan Jerman yang membangkitkan semangat juang anda

Spread the love

KUALA LUMPUR, 24 SEPTEMBER 2022 – MOROTAI, jenama pakaian sukan Jerman yang terkenal di peringkat antarabangsa, secara rasminya dilancarkan di Malaysia pada hari ini dalam sebuah acara yang menyemarakkan semangat ‘Malaysia Bangkit’.

Berasal dari Birkenfeld, Jerman, MOROTAI dinamakan sempena sebuah pulau di Indonesia iaitu Morotai yang terkenal sebagai lokasi di mana seorang tentera Jepun, Nakamura Terua mempertahankan kedudukannya secara bersendirian sebagai askar yang terakhir sehingga 1974 kerana tidak mengetahui bahawa Perang Dunia Ke-2 telah berakhir. Tertarik dengan kisah ini, pengasas MOROTAI, Rafy Ahmed mahu menyalurkan sejarah perang ini ke dalam falsafah jenama itu, bagi membangkitkan semangat juang dan potensi di dalam diri setiap orang, tanpa mengira apa motivasi mereka.

“Selepas menyaksikan kelahiran dan pertumbuhan jenama ini dari permulaannya, saya sememangnya meminati reka bentuknya yang unik, kemas dan berbagai fungsi. Inilah kualiti yang menjadikan MOROTAI suatu jenama yang istimewa. MOROTAI boleh menjadi penyelesaian kepada permintaan tinggi terhadap pakaian sukan yang versatil di dalam pasaran Asian,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MOROTAI Asia, Idris Khan yang juga Rakan Serantau dan Duta jenama MOROTAI.

Sebagai sebuah jenama sukan yang menggabungkan gaya dan kualiti dengan fungsi yang maksimum, MOROTAI menyasar untuk memudahkan kehidupan para atlet menerusi penggunaan teknologi pintar berinovatif. Portfolio produk jenama itu menawarkan pelbagai rangkaian koleksi yang sesuai dengan kepelbagaian kehidupan harian. Ini termasuklah pakaian sukan pelbagai fungsi yang berinovasi dan berprestasi tinggi  daripada koleksi Engineered; pakaian pengembaraan yang lembut, ringan dan selesa dalam koleksi Sakura Travel; pakaian renang yang anggun dan sempurna mengikut potongan badan daripada koleksi Lake Constance; dan koleksi MOROTAI Youth yang menarik minat demografi lebih muda. MOROTAI juga akan mengeluarkan koleksi pakaian sukan sopan terbaharu mereka untuk pasaran Asia yang mengutamakan nilai ketimuran.

Estetik, linear dan abadi

Setelah melancarkan sembilan koleksi sejak ia ditubuhkan pada 2016, MOROTAI menekankan kepentingan fungsi dan gaya menerusi reka bentuknya. Didatangkan dalam warna utama seperti hitam, kelabu dan putih, koleksi yang tidak lapuk dek zaman ini diperbuat daripada fabrik premium yang boleh diregangkan 4 hala yang lembut kepada kulit dan fleksibel untuk semua pergerakan, yang menjadikannya lebih tahan lasak dan tahan lama.

“Apa yang mengagumkan saya tentang MOROTAI ini adalah kombinasi sukan dan reka bentuk. Ia memberikan gabungan yang sempurna antara fungsi, gaya dan rasa, dengan semangat pengasasnya yang hidup dan berjuang atas matlamat jenama ini. Sebab itulah kenapa saya melabur ke dalam MOROTAI,” ulas Pelabur MOROTAI, Dagmar Gabriele Wöhrl dari rancangan popular Jerman “Die Höhle Der Löwen” (The Lion’s Den), yang sama dengan rancangan popular Amerika Syarikat “Shark Tank”. Pada musim 2018, MOROTAI telah muncul di tempat ke-4 dalam  rancangan itu.

Di antara pelbagai pilihan yang ditawarkan, Neotech Sweatpant untuk lelaki sememangnya bergaya, praktikal dan selesa untuk dipakai sepanjang hari. Untuk wanita pula, Kansei Crome Zip Top memiliki DNA pakaian untuk berbasikal tetapi juga merupakan item yang paling bergaya buat masa ini. Kedua-dua pakaian tersebut benar-benar mendefinisikan semula pakaian sukan. Tidak kira di mana, bila, bagaimana dan kenapa, MOROTAI pasti mempunyai apa yang anda perlukan untuk bersenam.

“Apabila kami membuat keputusan untuk membawa MOROTAI ke dalam pasaran Asia, Zalora – sebagai peruncit fesyen dalam talian terkemuka, telah membenarkan kami untuk berkembang ke dalam pasaran ini secara agresif dan lancar. Kami ketika ini boleh didapati di Malaysia dan Singapura, dan tidak lama lagi kami akan memasuki pasaran Filipina, Indonesia, Hong Kong dan Taiwan. MOROTAI turut merancang untuk memasuki pasaran Asia Tengah, bermula dengan Dubai pada Oktober 2022,” jelas Idris.

Mengenai Pengasasnya

Sebagai seorang pencinta aktiviti kecergasan, Rafy Ahmed telah melahirkan MOROTAI di belakang rumahnya sendiri. Lebih tepat lagi, daripada tesis sarjana mudanya bertukar menjadi sumber pendapatan sampingan hinggalah menjadi sebuah empayar perniagaan dengan bantuan segulung ijazah fesyen, tiga sahabat baik dan pelaburan yang diperolehi daripada rancangan TV Jerman, “Die Höhle Der Löwen” (The Lion’s Den).

Sebagai seorang atlet hobi yang bersemangat, Rafy terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran ketika sedang berlatih, di mana fesyen dan fungsi sentiasa bercanggah di antara satu sama lain. Dia tidak menemui pakaian sukan yang sempurna untuk aktiviti senamannya yang dinamik. Dari situlah tercetusnya idea untuk MOROTAI.

“Fesyen sentiasa memainkan peranan penting dalam kehidupan saya. Apa yang membuatkan saya amat tertarik dengan fesyen ialah menerusi pakaian kita, kita boleh mempengaruhi bagaimana orang melihat kita setiap hari. Dengan MOROTAI, saya dapat menggabungkan dua perkara yang amat saya minati iaitu fesyen dan sukan, dan apa yang lebih penting lagi ialah saya dapat melakukan apa yang saya suka.”

Berpegang kepada slogan ‘Better Together’, Rafy menekankan bahawa MOROTAI dicipta untuk lelaki dan wanita biasa yang mengutamakan keselesaan dan fungsi di dalam kehidupan harian mereka.

“Impian saya yang paling utama dengan jenama ini ialah untuk mendefinisikan semula pakaian sukan, bukan sahaja dari segi fungsi tetapi dari segi estetiknya juga. Kerana MOROTAI bukan sekadar jenama, MOROTAI mewakili gaya hidup.”


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *