(SUKAN) Michael Owen bersama Stoke City

Spread the love

LONDON 5 Sept. – Bekas penyerang England, Michael Owen menyertai Stoke City dengan perpindahan percuma dan kini menanti kelulusan Lembaga Liga Perdana England (EPL), umum kelab tersebut. Owen yang mencipta nama bersama Liverpool sebelum menyertai Real Madrid, menandatangani perjanjian selama setahun selepas ia dilepaskan oleh Machester United pada akhir musim lepas. Kerjaya beliau sebelum ini begitu cemerlang dengan menjaringkan 221 gol dalam 473 penampilan. Bagaimanapun bintang berusia 32 tahun ini mula suram berikutan masalah kecederaan yang berlarutan dan dia hanya bermain sekali dalam EPL dalam tempoh dua musim lalu. – AFP

sumber artikel : AFP/utusan

sumber gambar : google

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *