(SUKAN) PLANET GEMPAK OLA BOLA ASTRO SIAP SEDIA GEGARKAN MALAYSIA PESTA SEMPENA PIALA DUNIA SEBAHAGIAN TARIKAN KARNIVAL DI 4 LOKASI

Spread the love

antara selebriti yang akan terlibat di Planet Gempak Ola Bola

Tahun ini, Astro sekali lagi bakal menjelajah ke beberapa lokasi untuk mendekatkan lagi hubungan dengan seluruh rakyat Malaysia. Planet Gempak Ola Bola akan ke empat buah destinasi – di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuala Terengganu – bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai sendiri pengalaman hebat menjadi sebahagian daripada dunia Astro.

Tahun ini, pelbagai tarikan menanti pengunjung Planet Gempak Ola Bola 2014 yang mempersembahkan kandungan istimewa dari segmen Melayu, Cina dan India, serta keriuhan PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZILÔ. Karnival ini ialah penghargaan untuk rakyat Malaysia berbilang kaum dan latar belakang yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Astro. Ia sebahagian usaha 360 darjah yang diketengahkan agar jenama Astro terus dekat dengan masyarakat melalui pengisian, perkhidmatan serta penganjuran acara yang sentiasa relevan.

Kekal dengan slogan ‘Alami Dunia Astro Anda’, Planet Gempak Ola Bola bakal mempersembahkan rancangan terhebat Astro untuk dialami sendiri oleh pengunjung karnival. Para peminat program tempatan dalam semua segmen bahasa utama serta seleksi program antarabangsa dapat mengikuti dan mengenali dengan lebih mendalam rancangan kegemaran mereka.

Penggemar muzik akan menikmati rangkaian konsert yang menampilkan artis berbilang bangsa dari pelbagai genre – menjanjikan persembahan hebat daripada penghibur seperti Hafiz, Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Illa Damiaa, Waris, Mark Adam & Awi Rafael; Ratna, Iris, Shamini, Sushmeeta, Denesh, Kabil & Akila; serta Geraldine Gan, Jie Ying, Shian Ter & Justin Ng. Kanak-kanak dapat beramah mesra dengan mascot rancangan animasi seperti Upin & Ipin, Finn & Jake, The Smurfs serta Ninja Turtles.

Kembalinya karnival besar-besaran ini bukan sahaja menawarkan lebih banyak aktiviti hiburan, permainan, pameran, persembahan serta promosi interaktif kepada pengunjung; tetapi juga membawakan demam PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZILÔ, kejohanan bolasepak terbesar dan paling dinanti-nantikan. Terdapat perbarisan bendera pesaing kejohanan, papan interaktif untuk meneka juara dan pengunjung dapat mengambil bahagian untuk menyumbang kreativiti di Dinding Grafiti Piala Dunia.

Planet Gempak Ola Bola pastinya memberi peluang kepada pengunjung mendekati dan berinteraksi dengan selebriti serta personaliti idola masing-masing, sambil merapatkan lagi hubungan antara keluarga dan rakan-rakan dengan menyertai aktiviti untuk semua peringkat umur.

Kali ini jelajah Planet Gempak Ola Bola akan bermula di Perkarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 & 27 April. Perjalanan diteruskan ke lokasi kedua iaitu Perkarangan Stadium Batu Kawan Pulau Pinang (17-18 Mei), seterusnya ke Perkarangan Plaza Angsana Johor Bahru (13-14 Jun) dan akhir sekali di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Kuala Terengganu (5-6 September).

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh berkata “Pertama sekali, terima kasih atas sokongan yang diberikan semua pihak yang menjayakan Planet Gempak tahun lalu, terutamanya para pengunjung yang melengkapkan kemeriahan di setiap lokasi. Maklum balas memberangsangkan pada tahun lalu membakar semangat kami untuk terus menganjurkan acara ini. Sambutan luar jangkaan yang diterima meyakinkan kami bahawa karnival ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Kami percaya, kehadiran program kegemaran ramai seperti MasterChef Malaysia, Maharaja Lawak Mega, Fear Factor, Kilauan Emas dan sebagainya ditambah pula dengan pesta bolasepak yang bakal mengambil tempat adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan.”

Yayasan Angkasawan Malaysia, yang bekerjasama dengan Astro TVIQ, juga akan menjalankan aktiviti di Planet Gempak Ola Bola bagi mempromosikan bidang sains, teknologi dan angkasa kepada pengunjung. Sebuah kubah gergasi serta sebuah Maskot Angkasawan setinggi 40 kaki akan menempatkan kegiatan pembelajaran dan kesedaran awam yang bermanfaat.

Acara Planet Gempak Ola Bola pertama di Bukit Jalil nanti turut bakal menyaksikan percubaan Astro mendapat pengktirafan Malaysia Book of Records untuk catatan siaran rancangan komedi secara langsung 24 jam tanpa henti. Persembahan 24 jam rancangan komedi terbitan Astro ini akan bermula pada Jumaat 25 April, jam 10 malam sehinggalah Sabtu 26 April, jam 10 malam di pentas utama Planet Gempak Ola Bola. Ia akan disiarkan secara terus-menerus di Astro Warna (Saluran 132) dan dijayakan oleh barisan artis terkenal tanah air. Rekod ini, apabila berjaya direalisasikan, pasti mencipta tanda aras baharu dalam industri penyiaran, terutama penyiaran komedi tanah air.

Khairul Anwar Salleh menambah, “Di kesempatan ini, saya ingin mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk hadir menikmati suasana riang di Planet Gempak Ola Bola dan mewarnai lagi karnival ini. Datanglah beramai-ramai dengan rakan-rakan dan seisi keluarga, semoga Planet Gempak Ola Bola kali ini membina jalinan muhibah yang lebih erat antara kita.”

Untuk maklumat lanjut, layari www.planetgempak.com.my .

Locations & dates of Astro Planet Gempak Ola Bola:

**LOCATIONS **DATES
Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur 26 & 27 April 2014 (Sat & Sun)
Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang 17 & 18 May 2014 (Sat & Sun)
Padang A&B Angsana Mall, Johor Bahru, Johor 13 & 14 June 2014 (Fri & Sat)
Stadium Sultan Mizan, Kuala Terengganu 5 & 6 Sept 2014 (Fri & Sat)

**Subject to change

 

List of international channels participating in Planet Gempak Ola Bola 2014:

CHANNELS
1 History
2 Lifetime
3 Asian Food Channel
4 Food Network Asia
5 Life Inspired (Li)
6 Cartoon Network
7 Disney
8 Nickelodeon
9 Discovery Channel
10 Animal Planet
11 TLC
12 Turbo
13 Diva Universal
14 E!
CHANNELS
15 FOX Sports
16 FOX Movies Premium
17 STAR World
18 National Geographic
19 HBO
20 Cinemax
21 KIX HD
25 AXN
26 Animax

 

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *