(SUKAN) SAKSIKAN KEMUNCAK PERTARUNGAN JERMAN DAN ARGENTINA DI TELEVISYEN DAN PLATFORM DIGITAL ASTRO

Spread the love

WC_2

Seluruh rakyat Malaysia berpeluang untuk merasai kepuasan tontonan perlawanan akhir PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZILÔ menerusi platform TV dan digital Astro. Acara sukan terbesar dunia yang mula membuka tirai pada bulan lepas kini telah pun tiba ke kemuncaknya apabila dua pasukan gergasi iaitu Jerman bakal menentang Argentina dalam perlawanan akhir pada 14 Julai 2014, jam 3.00 pagi waktu Malaysia.

Pelanggan Astro yang mempunyai ‘Football Pass’ akan dapat menonton perlawanan tersebut di Astro saluran 821 dalam definisi standard (SD) dan Astro saluran 841 dalam definisi tinggi (HD) serta menerusi tablet, telefon pintar dan komputer melalui Astro Go 2014 FIFA World Cup™ App dan Web Player ataupun Astro on the Go.

Bagi pelanggan Astro yang tidak memilik ‘Football Pass’ dan pelanggan NJOI boleh menyaksikan perlawanan ini menerusi Astro Arena saluran 801 dengan ulasan perlawanan dalam Bahasa Malaysia.

Bagi mereka yang bukan pelanggan Astro juga boleh menonton perlawanan akhir ini SECARA PERCUMA menerusi platform Astro on the Go di onthego.astro.com.my atau aplikasi Astro on the Go untuk peranti tablet dan telefon pintar dengan sistem operasi iOS dan Android.

Jurucakap Astro berkata, “Kini rakyat Malaysia menonton Piala Dunia FIFA 2014 di mana sahaja! Aplikasi Astro on the Go yang telah dimuat turun lebih 900 ribu kali dan telah menyaksikan kenaikan sebanyak 80 ribu muat turun sejak bermulanya Piala Dunia sejak Jun yang lepas. Rata-rata rakyat Malaysia mendapati ianya memudahkan mereka tatkala mereka dapat menonton perlawanan-perlawanan Piala Dunia secara langsung walau di mana jua. Kami menjangkakan peningkatan yang berterusan dalam muat turun aplikasi ini pada hujung minggu yang berlangsungnya perlawanan akhir kerana mungkin ramai yang akan berada di luar rumah pada hujung minggu ini”.

 

Untuk maklumat lanjut atau ingin melanggan Astro, sila layari www.stadiumastro.com atau hubungi

1 300 82 3838.

 

Bagi Pelanggan Astro dengan Football Pass:

Perlawanan Tarikh Waktu Malaysia Saluran Astro   HD Saluran Astro   SD
 PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZILÔ- Perlawanan Akhir
Germany lawan Argentina 14 Julai 2014 0300 hrs 841 821

 

 

 

Bagi Pelanggan Astro yang tidak memiliki Football Pass/Pelanggan NJOI:

Perlawanan Tarikh Waktu Malaysia Saluran Astro Arena
 PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZILÔ- Perlawanan Akhir
Germany lawan Argentina 14 Julai 2014 0300 hrs 801

 

 

 

Bagi Bukan Pelanggan Astro:

Perlawanan Tarikh Waktu Malaysia Astro on the Go Web Player  Applikasi Astro on the Go
 PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZILÔ- Perlawanan Akhir
Germany lawan Argentina 14 Julai 2014 0300 hrs onthego.astro.com.my Boleh dimuat turun di App Store/Play Store

 

 

##TAMAT##

 

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *