(SUKAN) STADIUM ASTRO SIAR SECARA LANSUNG KESEMUA 64 PERLAWANAN PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL

Spread the love

SP.0011gmo

Stadium Astro akan menyediakan rangkaian siaran sukan terbaik sepanjang tahun 2014 khas untuk para pelanggan Sports Pack Astro . Pastinya acara sukan yang paling dinantikan iaitu Piala Dunia FIFA 2014 BrazilÔ yang akan bermula daripada 12 Jun sehingga 13 Julai 2014 ini akan menggungguli pek ini. Astro selaku penyiar rasmi di Malaysia untuk Piala Dunia FIFA 2014 BrazilÔ akan membawakan liputan penuh kesemua 64 perlawanan secara langsung dalam format definisi tinggi (HD) dan juga definisi standard (SD).

Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata, “Tahun 2014 akan menjadi satu tahun yang bermakna buat para peminat sukan. Stadium Astro akan membawakan para peminat sukan di Malaysia merentasi arena sukan di serata dunia bagi merasai pengalaman dan keseronokan liga bola sepak bertaraf dunia, perlumbaan F1 dan Moto GP, golf, tenis, badminton dan pelbagai lagi. Stadium Astro pastinya merupakan pusat liputan secara langsung kesemua bidang sukan dengan kandungan sukan tempatan dan antarabangsa melalui 14 saluran, empat daripadanya dalam format HD”.

Astro akan menyiarkan acara terbesar di dunia iaitu Piala Dunia FIFA 2014 BrazilÔ melalui 10 saluran khusus dalam format HD dan SD, juga dalam Bahasa Malaysia di saluran Astro Arena. Buat pertama kalinya Piala Dunia bukan sahaja boleh ditonton melalui kaca televisyen di rumah anda, malah turut boleh ditonton melalui komputer riba, tablet dan juga telefon pintar pada bila-bila masa dan di mana jua melalui perkhidmatan Astro On-The-Go (AOTG). Kami mengetahui minat rakyat Malaysia terhadap sukan bola sepak dan ia terbukti semasa Piala Dunia FIFA 2010 Afrika SelatanÔ yang mencatatkan sehingga 7.5 juta jumlah tontonan. Sebagai penghargaan istimewa buat para pelanggan setia kami, semua pelanggan Sports Pack yang aktif sebelum 1 April 2014 akan dapat menyaksikan kesemua perlawanan Piala Dunia dan mempunyai akses untuk perkhidmatan AOTG,” tambah beliau.

Di samping itu, sebagai tambahan khas buat pelanggan saluran sukan, mereka boleh memuat turun Aplikasi Piala Dunia Stadium Astro untuk mendapatkan siaran secara langsung perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 BrazilÔ. Ia akan turut dilengkapi dengan sudut kamera yang berbeza dalam setiap perlawanan, ulang tayang segera untuk setiap jaringan gol, pra dan pasca analisis tentang perlawanan juga statistik pemain dan pasukan.

Bermula 1 April 2014, para pelanggan NJOI dan pelanggan yang tidak melanggani saluran sukan turut dapat menyaksikan kesemua 64 perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 BrazilÔ secara langsung dengan pembelian pas khas. Rakyat Malaysia yang mendaftar untuk AOTG juga boleh menikmati sebanyak 30 perlawanan secara lansung dan lima perlawanan tertunda Piala Dunia FIFA 2014 BrazilÔ melalui telefon bimbit mereka. Buat pertama kalinya, Piala Dunia FIFA 2014 BrazilÔ yang merupakan siaran eksklusif di Astro boleh didapati melalui perkhidmatan AOTG Pay Per View (bayaran untuk setiap tontonan).

Selain daripada acara sukan Piala Dunia FIFA 2014 BrazilÔ, Stadium Astro akan turut membariskan rangkaian acara sukan perdana yang akan berlangsung pada tahun hadapan seperti Piala Thomas, Barclays Premier League, UEFA Champions League, Sukan Asia dan Sukan Komanwel khusus untuk 3.7 juta pelanggan Astro.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau ingin melanggan Astro, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 1 300 82 3838.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *