(SUKAN) U MOBILE MENCATATKAN KEJAYAAN DENGAN PERJANJIAN TAJAAN PIALA FA SUPERBEST POWER DAN LIGA PERDANA MALAYSIA

Spread the love

Image 3

Kuala Lumpur, 8 Mac 2016 – U Mobile, syarikat telekomunikasi dengan rangkaian mudahalih yang terpantas di Malaysia, hari ini mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) sebagai penaja bersama rasmi bagi Piala FA Superbest Power dan Liga Perdana Malaysia untuk tiga tahun, bermula dari musim bola sepak 2016.

U Mobile akan menjadi Rakan Kongsi Ekslusif Telekomunikasi untuk kedua-dua pertandingan bolasepak terulung itu. Perkongsian dengan FMLLP itu akan memberikan U Mobile peluang pemasaran, promosi dan penglibatan secara lansung pada dua pertandingan. Selain itu ia juga memberi U Mobile penjenamaan dalam stadium, hospitaliti korporat dan pengunaan hak imej kelab dan pemain bagi tujuan pengiklanan..

Untuk merai kesepakatan baharu itu, U Mobile memperkenalkan satu kempen eksklusif yang dinamakan #BangsaBola khusus buat para peminat dan pelanggan. Kempen ini merangkumi aktiviti di tapak pertandingan serta siri peraduan yang memberikan peminat peluang untuk bersua muka dengan pemain idola mereka. Sebuah laman mikro #BangsaBola kini dalam pembangunan yang akan membolehkan peminat menonton sorotan seminit detik utama perlawanan serta berita berkenaan bolasepak. Laman ini bakal dilancarkan pada bulan hadapan.

Untuk menyemarak kemeriahan Superbest Power Piala FA dan Liga Premier Malaysia, U Mobile juga mencipta slogan sorak, “Semangat Bola, Jiwa Juara” untuk peminat  bagi mengungkap kata sokongan kepada pasukan pilihan mereka.

Penglibatan U Mobile,menambahkan lagi  jumlah penaja yang berkerjasama dengan  FMLLP untuk meningkatkan liga bolasepak Malaysia, yang juga termasuk TM Piala Malaysia dan Liga Super. Perjanjian di antara U Mobile dan FMLPP telah dikendali oleh agensi media hak sukan yang terkemuka, iaitu MP & Silva.

Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile Sdn Bhd, Jasmine Lee berkata: “Kami berbesar hati menjadi penaja bersama acara Superbest Power Piala FA dan Liga Premier Malaysia. Kami yakin kesepakatan ini sesuatu yang sesuai untuk U Mobile, kerana ramai di kalangan pelanggan kami adalah peminat bola. Kerjasama ini membolehkan kami menyampaikan nilai dan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan kami, dengan mendekatkan mereka  kepada  sukan kegemaran mereka. Ia juga bersesuaian dengan aplikasi yang bakal dibina tidak lama lagi, khusus oleh U Mobile untuk mengiringi acara kejohanan bola sepak Malaysia.. Para pelanggan boleh mendapat makluman terkini di samping menonton temubual menerusi telefon pintar, juga suatu peluang  untuk mereka nikmati keutuhan data dan kelajuan  perkhidmatan data kami.”

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia LLP, Kevin Ramalingam berkata: “Kami amat teruja bila U Mobile turut serta menyokong sukan bola sepak di Malaysia. Sokongan yang meningkat daripada perusahaan komersial tempatan terhadap pertandingan liga dan piala bola sepak, telah memberi petanda baik bahawa kita berada di landasan yang betul untuk meningkatkan martabat bola sepak tempatan.”

Dato Hamidin Hj Mohd Amin, Setiausaha Agung FAM, berkata: “Kami berbesar hati dengan kerjasama ini kerana ia menonjolkan matlamat bersama bagi meningkatkan mutu sukan bola sepak Malaysia ke tahap lebih tinggi. Penaja tempatan seperti U Mobile akan pasti menjadi kunci untuk membina masa depan yang cerah kerana ia akan menyumbang ke arah liga dan kejohanan piala yang lebih profesional.”

Beatrice Lee, Pengarah Urusan bagi MP & Silva Asia Pasifik, berkata: “Kami sungguh gembira kerana dapat bekerjasama dengan  U Mobile sebagai rakan kongsi ekslusif telekomunikasi bagi kedua-dua pertandingan bola sepak yang terkemuka ini. Perjanjian penajaan bersama di antara U Mobile dan FMLLP menawarkan sinergi yang tinggi serta memberi pengalaman bola sepak peminat ke tahap yang baru. Kami mengalu-alukan sambutan hebat daripada jenama dan syarikat-syarikat supaya sama tampil menyokong bola sepak tempatan, dan kami  berharap lebih banyak pengumuman tidak lama lagi.”

Musim Superbest Power Piala FA bagi tahun 2016 telah dilancarkan pada 19 Februari lalu, sementara perlawanan pertama Liga Perdana Malaysia bermula pada 12 Februari.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *