Tag: A. Nayaka

(HIBURAN) A.Nayaka feat. SonaOne & YHB Sleepsalot  SINGLE: ORANG LAIN

Seorang ahli falsafah pernah berkata, satu-satunya perkara yang tetap dalam hidup ini adalah perubahan. Ternyata, A. Nayaka sedar akan perihal ini. Seiring dengan masa berlalu, lebih banyak pengalaman hidup yang diperolehi, dia mengakui bahawa dia bukan lagi orang yang sama. Dia berkongsi naratif ini melalui single barunya berjudul “Orang Lain” menjelang pertengahan tahun 2021. Read more →

(HIBURAN) “Waktu Tiba” Single Terbaru A. Nayaka Mengenai Cinta kepada Diri Sendiri Yang Pernah Hilang

Bintang baru dari Jakarta Selatan, A. Nayaka telah mendapat kesedaran mengenai pentingnya cinta kepada diri sendiri (self-love) melalui pengalaman dalam perhubungan lalu. Single barunya “Waktu Tiba”, yang diterbitkan oleh SonaOne, rakan lama Nayaka yang juga seorang produser menterjemahkan kesedaran ini dalam trek dwibahasa, yang pertama untuk Nayaka. Tampak jelas lagu ini menyoroti kisah silam Nayaka, pengenalan tentang dirinya dari akar umbi ditekankan dalam lirik lagu – melenyapkan perasaan ketidakselesaan terhadap diri sendiri yang dialami ketika berada dalam hubungan romantis.

Read more →