Tag: Anugerah Lawak Warna

(HIBURAN) Anugerah Lawak Warna 2014 Kembali – Sebanyak 15 Anugerah Terbaik, 3 Popular dan 2 pilihan Khas Juri Jadi Rebutan

IMG_9404small

Sebanyak 15 anugerah terbaik, tiga anugerah popular dan dua anugerah Khas Juri bakal menjadi rebutan. Gabungan anugerah terbaik yang dinilai juri profesional dan anugerah populariti berdasarkan undian peminat bakal meletakkan Anugerah Lawak Warna 2014 sekali lagi sebagai sebuah majlis anugerah paling berprestij dan paling ditunggu-tunggu para peminat hiburan tanahair. Terbaru, Astro Warna mengumumkan senarai Top 5 (finalis) yang bakal bersaing di Anugerah Lawak Warna yang dijangka berlangsung dalam suasana gilang-gemilang bertempat di Teater Selangor di Shah Alam pada 19 September nanti dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dan serentak dengan Astro Mustika HD (saluran 134) dalam pakej Mustika. Read more →

(HIBURAN) Anugerah Lawak Warna

IMG_2580

Astro Warna merupakan saluran komedi pertama di Malaysia yang begitu sinonim dengan program-program komedi dan lawak jenaka. Sejak dilancarkan pada  1 Jun 2009, Astro Warna sentiasa komited dalam usaha memartabatkan yang terbaik daripada komedi Malaysia. Terbaru, buat julung kalinya Astro Warna hadir dengan inisitif penganjuran Anugerah Lawak Warna yang dijangka berlangsung dalam suasana penuh berprestij bertempat di Istana Budaya pada 16 Ogos nanti dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika. Read more →