Tag: bakal lebih meriah sempena sambutan

(SUKAN) Larian amal Feel Good Run 2013 sempena sambutan 15 tahun ntv7

FGR 2013 LOGO2small

Tidak hairan jika rakyat Malaysia memilih untuk menikmati makan malam dan terus merehatkan diri di atas sofa sehingga terlena selepas seharian bekerja berbanding melakukan aktiviti fizikal mahupun beriadah. Pelbagai alasan diberikan rata-rata mereka yang menjalani gaya hidup yang kurang sihat ini. Oleh sebab itulah, ntv7 cuba untuk menggalakkan masyarakat hari ini untuk mengubah cara hidup mereka ke arah yang lebih sihat dan ceria. Menurut Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dikeluarkan pada tahun 2011, 15.1% daripada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas mengalami masalah obesiti. Malah sehingga kini sebanyak 75% daripada kita tidak meletakkan kepentingan untuk bersenam sebagai sebahagian daripada rutin harian. Inilah antara sebab utama, Saluran Ceria Anda mengambil peluang untuk mempromosi usaha murni ini untuk meneruskan acara larian amal Feel Good Run 2013 yang kini memasuki tahun ketiganya untuk menyebarkan keceriaan di sambil memastikan masyarakat mengamalkan amalan hidup sihat. Read more →