Keberkesanan InnerShine® Pati Prun untuk menjaga kecantikan kini dipertingkatkan lagi dengan zat dan ramuan detoksifikasi tambahan melalui formula barunya yang diperkaya dengan buah Camu Camu dari hutan hujan Amazon yang digelar buah berkualiti tinggi (superfruit) kerana kehebatannya. Tiga ramuan utamanya, Camu Camu, Maltodekstrin Resistan dan pati prun California, mengandungi Vitamin C semula jadi yang optimum untuk menyihatkan badan serta menyerikan kulit dengan meningkatkan kelancaran penghadaman dan proses detoksifikasi. Inovasi ini menjadikan InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu minuman kecantikan yang lebih baik untuk anda. Read more →
Tag: BARU
(HIBURAN) Komedi baru ‘Mak Lang Datang Kompang Bergendang’ di TV3
CABARAN MAK LANG MENCARI CALON ISTERI “PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR”
Petaling Jaya, 11 Januari 2013 – Bila bercakap soal jodoh, ramai yang memilih untuk berusaha sendiri atau tentukan pasangan hidup sendiri. Namun, apabila si ibu yang sudah tidak sabar untuk mencarikan calon isteri untuk anaknya malah meletakkan syarat bahawa bakal menantunya haruslah dilengkapkan dengan ciri-ciri seorang ‘Perempuan Melayu Terakhir’, apakah yang akan terjadi nanti?
Menerusi slot Senda Pagi, saksikan drama bersiri komedi baru ‘Mak Lang Datang Kompang Bergendang’ yang sudah menemui para penonton TV3 mulai 7 Januari 2013, setiap hari Isnin jam 10.00 pagi. Drama bersiri 13 episod terbitan Pujangga Kreatif Sdn. Bhd. ini diarahkan oleh M.Nazir Juhan (Jet Lee) dengan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Fauziah Nawi, Nabil Ahmad, Leez Rosli, Norman Hakim, Norseha, Wan Raja, Acong, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. Read more →