Tag: dan Nadia Amira Othman

(HIBURAN) Sani Meninggalkan AF 2013

IMG_9888gmo

Sani atau nama sebenarnya Kamsani Jumahat yang berasal dari Singapura menjadi peserta pertama yang tersingkir pada program realiti Akademi Fantasia 2013. Sani, 23, mendapat undian terendah sebanyak dua peratus selepas menyampaikan lagu nyanyian asal Jaclyn Victor berjudul Gemilang. Keputusan tersebut diumumkan oleh ‘Inspirer’ minggu ini iaitu Faizal Tahir. Program yang berlangsung di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya ini merupakan episod pertama untuk program yang membuat kemunculan kembali setelah lama direhatkan. Dalam pada itu, peserta duo lelaki iaitu Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, (Azhael) mengungguli persembahan pada malam itu dengan undian sebanyak 26 peratus. Read more →