Tag: Dira Abu Zahar

(HIBURAN) MUSTIKA HD Astro menyambut ulang tahun pertama

IMG_2530

Saluran MUSTIKA HD Astro menyambut ulang tahun pertama dengan program bersama penonton setia mereka bertempat di AEON Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Majlis Ulang Tahun Pertama MUSTIKA HD ini menyajikan pelbagai acara menarik bagi mengimbau kenangan para penonton setia antaranya sessi beramah mesra bersama-sama pelakon drama siri popular Adam & Hawa seperti Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna dan Dazrin, drama Sehangat Asmara seperti Rita Rudani dan Izreen Azminda dan terbaru , drama Dahlia seperti Dira Abu Zahar, Faizal Hussein dan Raja IIya. Para pengunjung juga dihiburkan dengan konsert mini bersama para penyanyi terkenal seperti Dayang Nurfaizah, Adi Sixth Sense, Adira yang mendendangkan lagu-lagu tema seperti Muara Hati, Ratuku 2013 dan Bisikan Rinduku. Read more →

(HIBURAN) Filem ” LARI ” bakal berlari ke FESTIVAL FILEM CANNES

IMG_1887

LARI …Filem yang berbelanja besar dari Excellent Pictures ini bakal dipertontonkan kepada pihak industri perfileman luar negara sempena Festival Filem Cannes ke 66, iaitu festival filem paling prestij di Perancis. Filem arahan Ahmad Idham ini yang menampilkan teraju utama seperti Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erry Putra, Erin Malek, Hazama Azmi dan ramai lagi yang menelan belanja lebih RM2 juta ini bakal ditayangkan pada 17 Mei , Jumaat, jam 9.30 pagi waktu Cannes di Star 3 Theatre bertempat di bandar Cannes untuk tontonan pihak pembeli dan pengedar filem antarabangsa yang bakal membanjiri bandaraya itu sempena festival filem berkenaan. Filem ini menggunakan tajuk ” The Run ” untuk pasaran antarabangsa dan bakal ditayangkan pada 6 Jun 2013 di pawangan seluruh Malaysia , Singapura dan Brunei. Read more →

(HIBURAN) Filem ” KIL ”

IMG_1666Filem KIL yang pada asalnya hanyalah sebuah projek indie diantara 3 sahabat baik Nik Amir Mustapha, Rewan Ishak & Jeremy Little ini berjaya menarik minat pihak penerbit Grand Brilliance untuk dibawa terus ke layar perak yang akan ditayangkan pada 30 Mei 2013. KIL memulakan penggambaran pada May 2011 selama 11 hari menggunakan kamera Canon DLSR 5D Mark II.  Sejurus selepas penggambaran, pihak produksi melancarkan trailer di Youtube & Facebook.  Ia mendapat reaksi yang positif dari penonton.  Bermula sebagai sebuah filem indie, KIL kemudiannya menjadi salah satu filem yang dinanti-nanti di Malaysia.  KIL melalui proses pasca produksi dan siap sepenuhnya pada awal tahun 2012.

Read more →

(HIBURAN) Trailer Rasmi Filem LARI Lakonan Aaron Aziz

LARI_Poster FINALcroprsz

Excellent Pictures mempersembahkan filem LARI.

Lakonan Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erry Putra, Erin Malek & Hazama Azmi.

Sebuah filem Ahmad Idham.

Di pawagam bermula 6 JUN 2013.

Sertai kami di:

https://www.facebook.com/lari2013
https://www.facebook.com/excellent.pi…

https://www.twitter.com/excellentpic_my | #Lari2013