Tag: Drama

(HIBURAN) DRAMA KOREA TERBARU STILL, MARRY ME CUIT HATI PENONTON ntv7

Still Marry Me 1

Konflik kerjaya dan sindrom cinta wanita berusia!

Bila nak kahwin? Itulah antara soalan cliché yang kalau boleh enggan anda dengari tatkala masih belum menamatkan zaman bujang walaupun usia semakin meningkat. Bukan mudah menemui pasangan hidup apatah lagi jika anda seorang wanita berkerjaya dan digelar golongan gila kerja atau ‘workaholic’. Adakalanya dalam mengejar cita-cita, pangkat mahupun harta mungkin ada yang terlupa yang mereka juga memerlukan pasangan hidup. Lebih runsing apabila bermacam-macam pula cabaran yang terpaksa ditempuhi. Dilema wanita moden inilah yang bakal diketengahkan dalam sebuah drama bersiri Korea terbaru berjudul Still, Marry Me yang bakal menemui penonton buat pertama kalinya di Malaysia bermula 1 Februari pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 12 tengah hari selama sejam di ntv7. Read more →

(HIBURAN) “Setiap Sujud” drama terbaru akan menggantikan drama “Terlanjur Cinta” di TV9

DSCF2841

 

PERTEMUKAN FATHIA DAN KEITH FOO

Dalam Setiap Sujud drama terbaru yang diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin akan menggantikan drama Terlanjur Cinta bermula 8 Januari ini, pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam.  Dalam Setiap Sujud diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta  Read more →

(HIBURAN) Slot Zehra Terbaru di TV3 Drama Berjudul ‘Hanya Padamu’

Hanya Padamu (11)

“Cinta Hadir Tanpa Diduga…”

Petaling Jaya, 21 Disember 2012 – Menyusuli drama ‘Runtun Qalbu’ di slot Zehra, sebuah drama siri 13 episod berjudul ‘Hanya Padamu’ menampilkan tonggak utama, Zahiril Adzim, Beto Kusyairy dan Nazeera Sardi, dibantu oleh Emelda Rosmila dan Khayrisyah Kemal. ‘Hanya Padamu’ yang diterbitkan oleh produksi Filmscape Sdn. Bhd. bakal ditayangkan bermula 28 Disember ini, pada setiap hari Jumaat jam 9.00 malam. Read more →