Tag: Eksklusif

(SEMASA) Eksklusif Bersama Anuar Zain

IMG_9930

Bertempat di Restoran Rebung, Bangsar Park, Kuala Lumpur, telah berlangsungnya majlis sidang media majlis makan Malam Jalinan Mesra  yang bakal dianjurkan oleh Kelab Sukan dan kebajikan Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia (KESPERB). Majlis makan malam eksklusif Malam Jalinan Mesra 2013 bersama Anuar Zain ini akan berlangsung pada 19 Oktober 2013 ( Sabtu ) bertempat di Telekom Malaysia Convention Centre, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam hingga 10 malam. Read more →

(HIBURAN) Gandingan Eksklusif Guba & Yuna Di Adelaide Festival Centre September Ini

GubaYuna Pix Studiogmo

Gabriel Robert Rawantas, atau lebih dikenali sebagai Guba di kalangan masyarakat Malaysia, telah dipilih oleh Adelaide Festival Centre untuk membuat persembahan di Festival OzAsia 2013. Festival OzAsia yang dianjurkan oleh Adelaide Festival Centre adalah acara tahunan yang diadakan pada bulan September selama dua minggu. Acara ini menyajikan persembahan kebudayaan oleh para karyawan Australia yang berasal dari negara Asia, dalam usaha untuk mengetengahkan warisan budaya Asia. Persembahan kebudayaan yang akan berlangsung selama 2 minggu meliputi perlbagai macam persembahan, seperti teater, tarian, muzik, filem, saster, seni visual, seni kreatif, dan sajian makanan. Setiap tahun, Festival OzAsia akan meilih satu negara Asia sebagai tema utama. Untuk tahun 2013 ini, Malaysia telah diberi penghormatan untuk menjadi tema inspirasi Festival OzAsia. Read more →