Tag: FATIN

(HIBURAN) ANUGERAH SKRIN KEMBALI!  SAKSIKAN 8 DRAMA PILIHAN ANUGERAH SKRIN 2016 , SETIAP HARI AHAD, 3.00 PETANG

skrin

Petaling Jaya, 22 September 2016 – Anugerah paling berprestij anjuran TV3, Anugerah Skrin kembali untuk memberi pengiktirafan kepada karyawan-karyawan seni tanah air pada bulan November ini. Bagi menyemarakkan lagi debaran Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016), TV3 bakal menayangkan 8 drama yang tercalon pada setiap hari Ahad pukul 3.00 petang dari 25 September 2016 hingga 13 November 2016. Antaranya, Pondok Itu Rumahku, Fatin, Anak Ibu Buangan Ibu, Khilaf Seorang Isteri, Calon Syurga, Cermin Kasih, Bila Tiba Saatnya dan Ku Haramkan Susu Itu. Read more →

(HIBURAN) ‘DIA DIA DIA’ BAWA FATIN KE MALAYSIA

ALG_3182

Fatin Shidqia Lubis, bintang kelahiran Jakarta, Indonesia mula menempa nama dalam bidang nyanyian setelah menjuarai program TV realiti pencarian bakat, The X Factor Indonesia musim pertama pada Mei 2013. Lebih mesra dengan panggilan Fatin Shidqia atau Fatin, beliau bukan sahaja mempunyai bakat nyanyian yang mengagumkan, malah turut menonjol dalam bidang lakonan.

Sebagai juara The X Factor Indonesia musim pertama, Fatin telah memenangi hadiah sebanyak 1 bilion Rupiah serta kontrak rakaman bersama Sony Music Entertainment Indonesia.

Single pertama ‘Aku Memilih Setia’ dan ‘Dia Dia Dia’ di dalam album ‘Fatin : For You’ mendapat sambutan luarbiasa sejurus dilancarkan dan sering diputarkan di stesen-stesen radio serta TV serta berjaya menduduki tempat pertama di carta iTunes Indonesia. Read more →